View: 1245|Reply: 6
|
Mental Cikgu Perlu Diperiksa Elak Kes Dera Di Tadika, Taska
[Copy link]
|
|
Pengarah Pusat Kaunseling Universiti Teknologi Malaysia, Dr Zulfikar Ahmad berkata, antara punca utama berlakunya kes penderaan di pusat asuhan, tadika serta taska adalah sebab tekanan persekitaran dan peribadi tenaga pengajar.
“Kita perlu faham kanak-kanak dalam proses tumbesaran menunjukkan pelbagai reaksi yang pelbagai.
 Gambar hiasan/Kosmo
“Punca berlakunya kes penderaan adalah kerana tenaga pengajar tidak mampu menahan emosi dan menguruskan tekanan dengan baik. Mungkin mereka ada masalah peribadi dan apabila pergi ke tempat kerja ditambah dengan persekitaran bising, kanak-kanak meragam jadi mereka tidak dapat menyerap tekanan yang dihadapi,” katanya.
Menurut beliau, pengusaha atau pengendali pusat asuhan perlu sentiasa memantau keadaan psikologi tenaga pengajar sebagai salah satu langkah mengatasi masalah kes penderaan terhadap kanak-kanak.
Sementara itu, Pegawai Psikologi Kanan, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia, Siti Fatimah Abdul Ghani berpendapat, guru tadika atau taska perlu menjalani ujian psikologi secara berkala bagi menentukan tahap kesihatan mental dan emosi mereka berada dalam keadaan siap siaga serta terbaik.
“Dalam konteks pendidikan psikologi, hukuman dan ganjaran merupakan satu elemen yang perlu diterapkan kepada kakitangan sesebuah institusi.
“Sebagai contoh, sekiranya ada kesalahan yang dilakukan staf mereka perlu dihukum dengan cara profesional dan perlu ada ganjaran seperti menganjurkan hari keluarga.
“Keadaan ini dapat menyerap tekanan kerja dan masalah peribadi mereka,” katanya.
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalo guru under kpm mmg ada mental evaluation pun. Yg taska etc tu tatau lah, lebih2 lagi yg private. Kdg sbb xcukup tenaga pekerja sanggup amek sapa2 je asal lepas spm jaga budak. Tu yg kene hati2 carik taska |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan asal lepas spm saja, asal dapat bayar murah sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
kena ada standard la kalau nak ambil pekerja/ jadi cikgu. kena faham budak2 macam mana n memang kena banyak sabar |
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 8-4-2022 02:53 PM
Bukan asal lepas spm saja, asal dapat bayar murah sebenarnya
Siyessslaaa??? Tu yg kene survey betul2 taska tu sblom anta anak situ. Carik yg mmg ada nama, tanya kat parents yg pnah anta anak kat situ. Kalo asal boleh je hire pengasuh boleh je ambik bibik jaga kat umah drp anta kat taska jenis camni |
|
|
|
|
|
|
|
Apa2 pekerjaan kena ada passion bila kita buat sbb perlukan duit semata2 tu yg jadi gitu.
Tolonglaa keje apa yg korang minat buat, toksah paksa diri kalau tak minat mengajar sudahnya abis anak org dikerjakan.
Ada beza sangat cikgu yg mmg suka mengajar dengan yg buat sbb gaji semata2.
Cikgu yg drpd kecik lagi suka main cikgu2 nih biasanya kalau cuti sekolah kemurungan laa dia rasa rindu sangat nak g sekolah jumpa anak murid.
Tak merempan setiap masa kt socmed tentang anak murid memasing.
Rasa seronok dan bersemangat je nak mengajar. Datang pun awal jerr ngan murid2 dah mcm geng2 je. Bebudak ni pun happy sangat bila waktu cikgu ni masuk mengajar.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|