CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1031|Reply: 7

Naya, Along Tersalah Alamat Ke? Tak Pernah Hutang Ceti Haram, Habis Rumah Dan Kereta Disimbah Cat Merah!

[Copy link]
Post time 8-4-2022 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Melaka: "Saya syak ini angkara along tersalah alamat kerana saya tidak pernah pinjam atau berhutang dengan mana-mana ceti haram," kata Md Deris Salleh, 69.


Md Deris berkata demikian ketika mengulas kejadian rumah dan kereta menantunya disimbah cat merah oleh individu tidak dikenali, awal pagi tadi.


Menurutnya, kejadian disedari isterinya, Jamilah Baba, 62, ketika bangun menyediakan juadah bersahur untuk mereka sekeluarga sekitar jam 4.30 pagi.




Foto: Harian Metro




Katanya, sebaik membuka pintu rumah dan lampu luar isterinya ternampak cahaya merah terang sebelum memberitahu kepadanya.


"Apabila menantu saya Mohamad Faizal Mohamad Yusoff, 32, memeriksa dia terkejut mendapati bahagian sisi kanan Proton Persona miliknya disimbah cat merah. Bahagian depan berenda rumah dan kereta Proton Saga anak saya turut terkena cat itu.


"Selain itu terdapat kertas mengandungi tulisan Cina berserta nombor telefon luar negara atas nama 'Mikey Keat' ditinggalkan di pagar rumah," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumahnya di Lorong Haji Ariffin, Batu 7, Tanjung Kling di sini.


Md Deris berkata, mereka sekeluarga amat terkejut dan bimbang dengan kejadian itu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, selain tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa di kampung itu.


Katanya, anak perempuannya, Nurul Hizaty, 28, turut cuba menghubungi nombor telefon itu dan menghantar mesej di WhatsApp memaklumkan individu terbabit tersalah alamat dan meminta ganti rugi, namun tidak berbalas.


"Anak saya juga ada menyemak maksud tulisan Cina itu di internet ia bermaksud 'Kalau x reply saya lagi, saya akan bakar rumah awak jadi arang!'


"Alamat rumah dinyatakan juga bukan rumah saya, mungkin mereka tersilap orang. Apapun kami amat bimbang berlaku sesuatu yang tidak baik apatah lagi cat berwarna merah ini biasanya dikaitkan memberi amaran," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Tanjung Kling di sini.


Mengulas lanjut, pesara tentera itu berkata, sebelum kejadian tidak ada apa-apa yang pelik berlaku.


"Biasanya jika ada kereta atau motosikal masuk ke kawasan rumah kami ini anak saudara saya akan perasan kerana rumah kami berdekatan antara satu sama lain.


"Mungkin individu yang menyimbah cat ini meletakkan kenderaan di luar dan berjalan kaki ke rumah saya," katanya.


Md Deris berkata, di sebalik kejadian itu, mereka sekeluarga bersyukur tidak diapa-apa oleh si pelaku selain cat merah itu jenis cat kapur dan boleh dibersihkan. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2022 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Along tsalah alamat atau org berhutang tu pakai alamat dia? Penah jd kt mmbr aku kena simbah cmni sbb org yg pinjam tu main ltk alamat die
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 01:29 PM | Show all posts
report polis je la pakcik, ni dah kira menceroboh dan merosakan harta individu... pastu ada buat ugutan jenayah la pulak tu. bior ahlong tu ke dalam...suka-suka je nak menyimbah kan
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 02:51 PM | Show all posts
report polis la senang. takkan tak boleh detect no tu~
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
bos suruh simbah cat rumah nombor 18, p simbah rumah nombor 81
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan dah tulis atas tu dah buat laporan polis.  Baca x habis ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2022 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
SI peminjam guna alamat pakcik ni lah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
yang menyimbah ni kalau panah dgn panas silang sedap ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.046037 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list