View: 750|Reply: 3
|
Sewa Tapak Dahlah Mahal! Peniaga Di Kelantan Kecewa Kawasan Bazar Ramadan Berlubang Berlecak Dah Macam Bendang
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Para peniaga yang menjalankan perniagaan di bazar Ramadan pastinya akan dikenakan bayaran sewa tapak sepanjang tempoh berniaga.
Namun, menjadi kemarahan sesetengah peniaga adalah apabila tapak yang disediakan tidak diselenggara dengan baik sedangkan kadar bayaran yang dikenakan agak tinggi bagi setiap penyewa.
Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook menunjukkan keadaan salah satu tapak bazar Ramadan di Pasir Puteh, Kelantan yang berlubang-lubang serta berlecak seolah-olah seperti kawasan bendang.
 Foto: Kosmo
Keadaan seperti ini menyukarkan orang ramai untuk berkunjung kerana permukaan jalan tidak sekata dan kurang selesa.
“Masa rancang nak buat bazar di sini dulu tak buat ke kajian tapak? Ke main ‘hentam’ sahaja, pihak pengurusan daerah Pasir Puteh mana.
“Sewa mahal kalau tapak selesa tak apa, ini tidak,” tulisnya menerusi satu hantaran baru-baru ini.
Semalam, dia sekali lagi berkongsi tindakan yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan dengan memindahkan beberapa buah khemah peniaga ke kawasan bertar.
“Akhirnya keputusan diambil untuk mengalihkan khemah keatas kawasan bertar di hadapan astaka. Muat ke tidak tak tahu,” katanya.
Tambahnya, hanya enam khemah sahaja yang dialihkan sedangkan tapak peniaga lain juga bermasalah dan memerlukan pemindahan ke kawasan lebih selesa. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Huk aloh klate gedebe cawwat kote buah mempele serambi Moscow gommo klate gommo! malu kokram  |
|
|
|
|
|
|
|
Situation kat Kelantan..dah tu await location tu tulis Petaling Jaya?
Mabuk ka?
Ke sebab puasa tak sempat sahur? |
|
|
|
|
|
|
|
gitu la kan kalo kasi lobai yg perintah negeri
padan muka
lenkali undi la lagi lobai pas membangun bersama micidis |
|
|
|
|
|
|
| |
|