CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 301|Reply: 0

[Kedah] Harga daging dijangka naik menjelang Aidilfitri

[Copy link]
Post time 7-4-2022 03:34 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMAD Yusrizal Yusoff bertanya sesuatu kepada seorang peniaga daging ketika melakukan pemantauan harga di Pasar Besar Alor Setar hari ini. - FOTO/MOHD. RAFIE AZIMI

   
ALOR SETAR: Selepas peningkatan harga ayam proses pada awal bulan ini, pengguna bakal berhadapan dengan kenaikan harga daging menjelang sambutan Aidilfitri ini.

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, harga daging dijangka melambung berikutan kenaikan harga dedak bermula hari ini.

Menurutnya, kenaikan harga dedak itu dimaklumkan oleh salah sebuah syarikat pengeluar makanan ruminan terbesar di utara Semenanjung menerusi notis yang dikeluarkan di sini semalam

Katanya, pada masa ini, harga daging di pasaran telah mencecah RM38 hingga RM40 sekilogram di Kedah.

“Tahun ini, harga dedak di pasaran sudah mencecah RM80 bagi setiap tan metrik berbanding sebelum ini hanya RM60 sahaja,’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan pemantauan harga di Pasar Besar Alor Setar, di sini hari ini.

Yusrizal memberitahu, syarikat pengedar makanan ruminan itu telah menaikan harga sebanyak RM2 kepada setiap beg makanan ruminan itu sejak 15 Februari lalu.

Tambahnya, kenaikan harga daging itu dijangka tidak dapat dielakkan ketika peniaga dan penternak kian terhimpit dengan peningkatan harga dedak yang tinggi.

“Walaupun kerajaan melaksanakan skim kawalan harga, tetapi harga daging tidak boleh mengikut harga yang ditetapkan kerana peniaga akan menanggung kerugian.

“Syarikat yang mengedarkan makanan ruminan itu pula mendakwa peningkatan harga tidak dapat dielak berikutan kenaikan kos bahan mentah di pasaran,” ujarnya.

Pada masa sama, tambahnya, Cake meminta kerajaan memberi perhatian terhadap kenaikan harga dedak. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... njelang-aidilfitri/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.067952 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list