Agama Islam & Muslim
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

ibnur Lv.22

Fav
Moderator | Credits 31055   
8933

Browse the number

19

The number of votes

19

Cumulative votes

Assalamualaikum semua.

Hari tu keluar berita yang kata beribu tan makanan dibazirkan terutama bulan ramadhan.  Tak disebut pulak makanan tu datang dari mana.

Okay, dari pemerhatian saya la kan.  Tak tau kot orang lain perhati benda yang sama atau macam yang sama.

Ramai orang datang pasar ramadhan beli banyak makanan.  Kita tak tau dia orang balik makan semua atau sebahagian sahaja.
Peniaga pasar ramadhan pun saya tengok ikut hari ada banyak lebih, ada hari awal-awal dah habis.  Ketara sekali kalau hari hujan dan hari tak hujan.  kengkadang sampai pukul 7 jer, peniaga mula bagi diskaun.  Bila diskaun, lagi la orang suka beli.

Lagi satu, kebersihan penyediaan makanan sangat dipertikaikan.  Ada peniaga pegang makanan dengan tangan sahaja.  lepas tu pegang duit dari tangan orang.  Ramai peniaga guna beg plastik yang biasa guna kat supermarket tu.  Yang ni memang sahih ada kandungan beracun

Jadi, apa pandangan forumer sekelian.  Patut ke kita cadangkan supaya ban ajer pasar ramadhan dan suruh peniaga yang benar peniaga sahaja berniaga macam biasa kat kedai atau warung dia orang.

Atau, kita cadangkan pihak Kementerian Kesihan, Kementerian Pengguna, CAP ke atau mana-mana badan yang rajin kerja, supaya bagi pendidekan penyedian makanan.  Kursus pulak ada sijil cap SIRIM, tak ada sijil tak boleh niaga.

This is aSingle Polls

Voting project
9Ticket 1. Ban
10Ticket 2. Teruskan
You need to Login for vote the poll
8933 Views
30 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


emmo Lv.12 2#

Defender | Credits 10870   
sya rasa perlu diteruskan.. sbb ini sudah jadi kelaziman setiapkali datangnya bulan Ramadhan.. tapi pihak2 yg berkenaan yg disebutkan kt atas tu kena tegas utk memastikan peniaga2 bazaa Ramadhan mematuhi garis-pandu2 yg telah ditetapkan...

tobby Lv.18 3#

Master | Credits 74081   
penguatkuasaan kesihatan negara ni alai balai. mostly penjual2 & pekerja yg jual makanan di bazar ramadhan tak ambil injection ty2 n kursus pengendalian makanan. mendedahkan org ramai kpd bahaya. bila dah terantuk baru terngadah. bila dah ramai kena hepatitis etc baru la nak kalut.

abae 4#

Troublemaker | Credits -10   
pilihan di tangan kita......
Follow Us

kucingblue Lv.8 5#

Honour | Credits 3042   
peniaga pasar ramadhan ade sijil halal ke?

bzzts Lv.18 6#

Master | Credits 64633   
aku cadang dihadkan.

beri kebenaran kpd penusaha kedai /produk makanan yg terpaksa tutup kedai masa ramadhan saja utk berniaga di bazaar ramadhan.  ini utk cover loss diorg dari siang.

kalo peniaga ala "bidan terjun" stakat niaga ala kadar je masa posa, kualiti pun ala kadar, takyah la...

ninja boy Lv.16 7#

Conqueror | Credits 46246   
tahap kebersihan hancur, makanan letak betul2 tepi meja  kena dgn pakainan/tgn org lalu lalang, belum lg yg bersin2 hingus,budak2 n bangla indon lalu. i rela pi kedai restoran biasa.
keselamata lg teruk kuali goreng murtabak/bara api sate betul2 tepi org lalu lalang, ada lah org ramai tolak2 menolak akhirnya sorang tertolak/tersungkur ke kuali itu

ADVERTISEMENT


sunsuria3 Lv.9 8#

Adventurer | Credits 4542   
bulan ramadhan ni seingat saya 3x je pegi...sb saya masak lagi sedap he he jgn mare

tobby Lv.18 9#

Master | Credits 74081   
aku rasa penyebar utama hepatitis dikalangan rakyat Msia ialah gerai2 yg pekerjanya alai balai bab kebersihan spt di bazar ramadhan. sebab cara pengendalian makanan yg sungguh tak hygiene.  bukan nak suruh tutup, tapi nak suruh mrk improve.

cik.panda Lv.17 10#

Superior | Credits 50051   
sewa satu tapak untuk sebulan je dah berapa, kalau campur semua peniaga? takde harapan la nak di ban :re:

ibnur Author 11#

Moderator | Credits 31055   
tahap kebersihan tu satu hal dan tahap pembaziran tu besar jugak.

walaupun setiap tahun ada nasihat supaya jangan membazir, tapi jumlah sisa makanan bulan ramadhan la yang paling tinggi.

edaladiva Lv.12 12#

Defender | Credits 13561   
Pada pandangan saya secara peribadi, pasar Ramadan kekadang membuatkan manusia lalai nilai murni puasa. Alasan yg dikemukakan bagi setiap yg ke Pasar Ramadan, tak sempat nak masak dan mudah. Namun Ramadan juga mendidik manusia supaya bersabar didalam kesusahan (salah satunya susah nak balik masak - tak sempat)

Sepatutnya tak wujud langsung Pasar Ramadan. Bukankah penghayatan ibadah puasa itu banyak hilang dek kesenangan memilih juadah dimana2. Bukankah puasa itu menahan diri dan menghayati pengorbanan para nabi dan rasul didalam perjuangan menegakkan kalimat kebenaran hatta diwaktu Ramadan?

Bukan untuk menyusahkan diri didalam berpuasa, tetapi penghayatan melawan kesukaran yg dihadapi didalam Ramadan itu juga merupakan ibadah. Namun, apabila kesenangan yg dicari, jalan singkat yg diambil, maka berlaku lah pembaziran. Masalah-masalah kesihatan dan lain2 adalah minor thing. Jihadul akbar adalah jinadul nafs.

Al Isra 27 - Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan

Ini hanya pandangan peribadi maka, i feel, banned kan pasar ramadan.

tobby Lv.18 13#

Master | Credits 74081   
Reply 12# edaladiva

betul juga.  nak sebut aku takut org melayu marah. kengkadang bulan ramadhan ni dah lebih kpd budaya melayu. seronok nak makan lazat2, bulan ramadhan la nak jumpa mcm2 jenis makanan yg tak biasa jumpa, seronok nak pilih juadah, seronok nak pilih menu apa time bukak puasa.  seronok nak pegi buffet ramadhan. mcm pesta makan la pulak. secara logiknya bulan puasa la perbelanjaan kita makin berkurang, sbb kurang makan. tapi dah jadi terbalik. dah jadi pesta membazir.  

btw, membazir vs kebersihan, kebersihan lebih membawa mudarat yg lebih besar. boleh bw kpd mcm2 penyakit.

sivagovin 14#

Troublemaker | Credits -6   
dulu aku pernah ikut puasa dengan kawan Melayu, aku cuma ikut 4 hari sahaja, ikut juga dia pergi bazar Ramadhan, makanan memang nampak semua sedap-sedap,  tak habis-habis aku membeli pelbagai makanan untuk berbuka,  tapi memang aku menyesal sebab makanan ada yang tawar, ada yang tak masak pernuh, ada juga sudah rasa nak basi


lepas itu aku juga berfikir bukan semua dosa boleh hilang sekiranya berpuasa, kalau boleh hilang semua dosa yan dibuat oleh manusia,  dunia ini sudah tak ada hukuman mati, semua pengedar dadah dan pembunuh akan cepat masuk Islam dan berpuasa sebulan sudah boleh lepas dari penjara

sitihawa Lv.13 15#

Challenger | Credits 16297   
Reply 2# emmo


    kelaziman  melayu sahaja kot



ada pro n kon.

kena jaga adab dan kebersihan dan keselamatan. mmg yg saya nampak mmg tak ramai yang jaga kebersihan, dengan pakaian2 jurujual pun tak sesuai. rambut tak bertutup, pegang makanan guna tangan.

ADVERTISEMENT


emmo Lv.12 16#

Defender | Credits 10870   
Quote: Reply  emmo


    kelaziman  melayu sahaja kot



ada pro n kon.

kena jaga adab dan k ...
sitihawa Post at 4-10-2010 12:13


bukan melayu...tapi Islam kekdahnya.. dlm ertikata yg sebenar ialah Islam yg sejati..
sapa2 bleh jual dibazaar ramadhan asalkan Muslim.. tp lebih baik kalau yg Islam sejati..sbb org yg Islam sejati itu tau bahawa Islam sgt mementingkan soal2 kebersihan.. kebersihan dari segi jasmani & rohani maksudnya..

obelisk Lv.14 17#

Fighter | Credits 20999   
teruskan tapi restrictkan

bintang Lv.13 18#

Challenger | Credits 15178   
Quote: peniaga pasar ramadhan ade sijil halal ke?
kucingblue Post at 11-9-2010 05:53



    Isk

mbhcsf Lv.20 19#

Legenderer | Credits 112000   
teruskan dan keluarkan panduan - like HACCP tu , then...tang nak bazir ke boros ke itu
PENGGUNA  so bebijaklah  budget sebab pada saya kurang adil nak elak pembaziran , di mana niat tu mmg baik tapi kita tutup rezeki org lain yg mana kita pengguna yg sepatutnya mainkan peranan - kalau gerai tu mahal, tak bersih etc etc then tak payah beli

kalau bersih etc etc belilah

kalau tak mau beli then do not

so choice is in your hands though.

mbhcsf Lv.20 20#

Legenderer | Credits 112000   
kalau Ibnur buke pasar ramadhan jual ape?
spaghetti  , ek?
12Next