CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 318|Reply: 0

[Perlis] Sampah jadi duit

[Copy link]
Post time 7-4-2022 12:13 PM | Show all posts |Read mode

DTRC di Kangar menjadi alternatif baharu dilakukan oleh E-Idaman bagi membudayakan kitar semula dalam kalangan masyarakat. FOTO Bernama

Kangar: Stigma sosial bahawa sampah kotor dan tidak bernilai perlu diubah kerana ia bukan saja boleh ditukar dengan wang ringgit sebaliknya mendidik masyarakat agar sentiasa menjaga kebersihan.

Peniaga sayur, Choong Xian Jun, 26, berkata, baginya sampah adalah 'duit' dan bukan semua sampah tidak mempunyai nilai.

"Kenapa perlu malu untuk jual sampah, daripada buang tepi jalan dan menyusahkan orang lain adalah lebih baik jika saya kumpul dan jual," katanya kepada Bernama ketika menghantar barang kitar semula di Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) baru-baru ini.

Choong berkata, setiap hari selepas menjual sayur dia akan mengumpul sampah yang boleh dijual seperti kertas, kotak dan barang plastik yang ada di rumah dan kedainya sebelum dibawa seminggu sekali ke DTRC.

"Biasanya saya dapat jual RM20 hingga RM25 seminggu, jumlah yang diperoleh tidak besar namun ia memberi kepuasan lain kepada saya iaitu dapat menjaga kebersihan rumah dan juga kedai," katanya sambil mengangkat kotak yang diikat dengan tali dari keretanya.

Turut berkongsi pengalaman, guru, Effendy Che Kusni, 47, berkata, dia telah lama mengamalkan budaya kitar semula dan akan rasa rimas jika melihat sampah.

"Jika dulu agak susah untuk menguruskan barang kitar semula, namun kini dengan adanya DTRC ia memudahkan orang ramai," katanya.

Effendy berkata, dia dapat kepuasan menjual barang kitar semula seperti buku dan surat khabar yang dikumpulnya apabila dapat bersama menjaga kebersihan alam sekitar.

"Kalau ikut hasil jualan yang diperoleh tidak banyak namun saya lakukan ini semua bagi mendapat kepuasan diri sendiri," katanya.

Sementara itu , Pengurus Perancangan & Operasi E-idaman Sdn Bhd, Ahmad Zikry Badrin berkata, antara usaha yang dilakukan oleh E-Idaman bagi membudayakan kitar semula dalam kalangan masyarakat adalah menyediakan fasiliti DTCR.

"Fasiliti di Perlis bermula pada April 2021 dan Alhamdulillah orang ramai mula menggunakan sebaik mungkin fasiliti ini untuk kitar semula.

"Kadar kutipan barang kitar semula di Perlis pada 2021 adalah sebanyak 539,646 kilogram (kg), ini adalah adalah peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding 436,785 pada tahun sebelumnya," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan membina satu lagi DTRC di Arau, enam di Kedah dan satu di Perak.

"Dengan penambahan DTCR ia akan memudahkan orang ramai untuk melakukan penghantaran.

"Sebelum ini, orang ramai perlu menunggu hari kutipan dan kena letak di sangkar dan di sini, kami memudahkan penghantaran, mereka boleh menukarkan barang kitar semula itu dengan tunai dan boleh menjana pendapatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 89/sampah-jadi-duit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.085542 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list