CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 271|Reply: 0

[Kedah] Kejutan istimewa buat pesakit kanser alami kemurungan

[Copy link]
Post time 7-4-2022 11:21 AM | Show all posts |Read mode

NUR Fatihah (kanan) menerima hadiah sempena hari lahirnya daripada Zuraini (tengah). FOTO Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Nur Fatihah Said, 22, pernah mengalami kemurungan selepas disahkan menghidap kanser usus tiga tahun lalu sehingga menyebabkan saluran ususnya terpaksa dipotong.

Gadis itu juga pernah mengurung diri dalam bilik kerana tidak tahan menanggung derita akibat penyakit dihidapinya.

Dia juga pernah cuba mengelar pergelangan tangan sebaik disahkan menghidap kanser usus tahap tiga setahun sebelum itu kerana tidak mahu menyusahkan ibu mencari wang membiayai kos rawatan di hospital.

Namun semalam, Cancer Survivors Malaysia (CSM) membuat kejutan meraikan hari lahirnya di rumah pesakit itu di Kampung Teluk Yan, Kampung Berjaya, Mergong, di sini.

Lebih menggembirakan hatinya apabila dia dihadiahkan telefon bimbit oleh Pengerusi CSM, Zuraini Kamal untuk kegunaan hariannya.

Menurut ibunya, Russhita Othman, 52, anak kedua daripada tiga beradik itu pernah mengambil keputusan berhenti meneruskan kimoterapi kerana tidak sanggup menahan sakit ketika menjalani rawatan itu.

Akibatnya, kanser itu menyerang semula dan sudah merebak ke bahagian paru-paru dan hempedu.

"Dulu, kanser usus sudah beransur pulih tapi kemudian ia menyerang semula apabila doktor mengesan bengkak pada celah paha yang semakin membesar.

"Bengkak itu menjadi keras menyebabkan kakinya kerap lenguh selain sukar tidur kerana sakit dan hanya bergantung pada ubat tahan sakit," katanya ketika ditemui semalam.

Russhita berkata, berat badan Nur Fatihah kini hanya tinggal 28 kilogram kerana semua makanan yang dimakannya dihadam dan keluar melalui stoma beg yang dipakai di perut.

Sementara itu, Nur Fatihah berkata, dia tidak sangka akan mendapat hadiah telefon bimbit baharu yang menjadi idamannya dan pihak CSM sanggup meraikan hari lahirnya tahun ini.

Katanya, dia akan cuba bertahan menanggung penyakit itu selain menggunakan telefon bimbit sebagai platform mencari rakan berinteraksi.

"Sepanjang tiga tahun menghidap kanser, hari raya tidak bermakna buat saya kerana biasanya saya hanya duduk di rumah tetapi tahun ini mungkin akan meriah," katanya.

Dalam pada itu, Zuraini berkata, pihak CSM menghadiahkan telefon bimbit untuk memberi peluang kepada Nur Fatihah mencari rakan baru melalui laman sosial terutama pesakit kanser yang mengalami nasib sepertinya.

Katanya, sekurang-kurangnya dia mempunyai keyakinan diri untuk bercakap semula serta bergaul dengan lebih ramai orang walaupun di alam maya.

"Sokongan moral perlu diberikan terhadap pesakit kanser seperti ini kerana kanser yang dialaminya datang secara mengejut sewaktu dia sihat menyebabkan dia kemurungan.

"Namun dengan cara memberi kejutan pada hari kelahirannya hari ini (semalam) membuatkan dia seronok dan mahu meneruskan rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... er-alami-kemurungan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.048007 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list