CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 320|Reply: 0

[Perlis] Ikut jadual penanaman padi ditetapkan

[Copy link]
Post time 7-4-2022 09:22 AM | Show all posts |Read mode
Kangar: Pesawah padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah dan Perlis diminta terus mematuhi jadual penanaman padi musim 1/2022 walaupun cuaca tidak menentu melanda negara pada waktu ini.

Pengerusinya Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, penanaman padi bagi musim 1/2022 tahun ini sudah pun bermula sejak 23 Mac hingga 17 Ogos depan membabitkan kawasan seluas 100,685 hektar.

"Proses penanaman padi pada musim ini berlangsung dalam tiga fasa membabitkan 57,635 pesawah padi kawasan MADA di Kedah dan Perlis.

"Daripada jumlah itu, 9,171 adalah pesawah padi di Perlis. Fasa pertama sudah bermula 23 Mac lalu yang mana pesawah sudah siap dalam penyediaan tanah dan kita jangka tarikh akhir untuk menabur adalah pada 20 April depan.

"Kita dapati sebahagian daripada pesawah memang mengikut jadual ditetapkan namun sebahagian lain masih lagi kita menunggu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) Bulan Mei dan September 2021 Bagi Kawasan MADA Negeri Perlis di sini hari ini.

Katanya, walaupun hujan tidak menentu ketika ini, pihaknya melihat tidak berlaku sebarang masalah terutama dari segi pengairan kerana empangan yang menyalurkan air di Empangan Muda masih cukup untuk menyalurkan air.

"Apa yang penting pesawah padi di kawasan sentiasa mengikut jadual supaya penanaman padi dapat berjalan lancar," katanya.

Terdahulu, Ahmad Tarmizi menyampaikan bantuan wang ihsan kepada 400 pesawah padi yang terkesan bencana.

Turut hadir Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Sebelum ini, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) meluluskan peruntukan melalui Bantuan Wang Ihsan Tabung Bencana Tanaman Padi berjumlah RM1.3 juta kepada 956 pesawah padi yang terjejas akibat bencana banjir dan padi rebah yang berlaku di Perlis pada Mei dan September tahun lalu.


Ahmad Tarmizi (berkopiah hitam) bersama Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menyampaikan bantuan MADA kepada pesawah yang terjejas di Dewan Warisan, Kangar. FOTO AIZAT SHARIF

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ditetapkan-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.058326 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list