CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6338|Reply: 79

[Tempatan] Edisi Smbil Menyelam Minum Air Terus Hilang di Mersing!

[Copy link]
Post time 7-4-2022 08:34 AM | Show all posts |Read mode
4 warga Eropah hilang ketika menyelam di Mersing
MERSING: Empat penyelam warga Eropah dipercayai hilang semasa melakukan aktiviti latihan selaman skuba di Pulau Tokong Sanggol, di sini, hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat melalui Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya pada jam 2.35 petang berhubung kejadian itu.

Katanya mangsa terdiri daripada dua lelaki warga Britain berumur 14 dan 46 tahun, seorang wanita Perancis berumur 18 tahun dan seorang wanita Norway berumur 35 tahun.

"Kehilangan kesemua mangsa dilaporkan tekong bot yang membawa penyelam terbabit.

"Mereka dipercayai hilang semasa melakukan aktiviti latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, di sini sekitar jam 12 tengah hari tadi," katanya menerusi satu kenyatan di sini, hari ini.

Mereka dipercayai hilang semasa melakukan aktiviti latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, di sini sekitar jam 12 tengah hari tadi

Mereka dipercayai hilang semasa melakukan aktiviti latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol jam 12 tengah hari tadi.

Menurut Nurul Hizam, pihaknya mengaktifkan Op Carilamat pada jam 2.45 petang dengan melibatkan aset Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Jabatan Perikanan Malaysia.

"Pencarian dilakukan dengan keluasan dianggarkan 21.45 batu nautika persegi dari lokasi penyelam terbabit hilang.
"Namun sehingga jam 4 petang, tiada sebarang penemuan mangsa yang terlibat," katanya.


Sos: https://www.astroawani.com/berit ... 220407%20Newsletter

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2022 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde divemaster guide ke
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ajaib hilang serentak..ntah2 dah plan pergi ke arah lain..cari harta karun.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Cam pelik je..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 10:17 AM | Show all posts
yg pompuan Norway tu  dah jumpa kan tgh hari semalam..3 org lagi tu masih hilang
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 10:24 AM | Show all posts
aquaman sudah culik?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2022 10:33 AM | Show all posts
Tetapi mereka tidak ceritakan bagaimana menjumpai divemaster itu
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde update lagi ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 8-4-2022 10:17 AM
yg pompuan Norway tu  dah jumpa kan tgh hari semalam..3 org lagi tu masih hilang

Ada update tak camne jumpa selamat ke idak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 06:38 PM | Show all posts
Kristine selamat, misi kesan tiga lagi penyelam diteruskan [METROTV]
Omar Ahmad.
am@hmetro.com.my

Mersing: Penyelam warga Norway, Kristine Grodem, 35, ditemukan selamat dan dibawa menaiki helikopter ke Mini Stadium Mersing, jam 12.05 tengah hari tadi.

Kristine adalah jurulatih selam kepada lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46 dan anaknya Nathan Renze, 14, warga Belanda, serta seorang wanita Perancis, Alexia Alexandra, 18 yang masih hilang semasa aktiviti latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, di sini, semalam.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, jurulatih selam itu ditemukan di 30 batu nautika dari lokasi mangsa dipercayai hilang kira-kira jam 8.15 pagi.

Katanya, mangsa ditemukan dan diselamatkan sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand.

"Mangsa hanyut ke selatan dan ditemukan di sekitar perairan Tanjung Sedili. Mangsa dalam keadaan stabil dan tiada kecederaan serius. Mangsa kini berada di Hospital Mersing untuk pemeriksaan kesihatan.


Nurul Hizam (tengah) ketika sidang media perkembangan kes empat penyelam warga asing hilang. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

"Ketika ditemukan Kristine terapung dengan berkelengkapan alat menyelam. Jurulatih itu memaklumkan kali terakhir melihat tiga lagi mangsa yang masih hilang pada 12.45 tengah hari pada permukaan laut dan berhubung menerusi jeritan. Namun selepas itu hilang dari pandangan dibawa arus yang kuat," katanya pada sidang media di Pengkalan hadapan carilamat di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing, di sini, hari ini.

Menurut Nurul Hizam, jurulatih terbabit juga memaklumkan biasa dengan lokasi selaman tersebut.

Katanya, usaha mencari baki tiga lagi mangsa lagi mangsa masih diteruskan.

"Kita ubah lokasi pencarian ke sebelah selatan dengan menggunakan aset yang ada iaitu keluasan 100 batu nautika aset di permukaan laut manakala udara dengan keluasan 270 batu nautika.

"Kita juga sudah maklumkan kepada pihak Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) dan Singapura.

Jabatan Laut juga telah mengeluarkan notis pemakluman kepada kapal-kapal yang berlayar sekitar lokasi terbabit untuk membantu sekiranya terjumpa mangsa," katanya.

Semalam dilaporkan empat penyelam warga asing dipercayai hilang semasa melakukan aktiviti latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing di sini.

Disiarkan pada: April 7, 2022 @ 1:49pm


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 06:39 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 06:43 PM | Show all posts
oo tak jumpa lagi ye. Dari semalam update dah jumpa minah Norway sorang ni je.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Diver berpengalaman juga semua ni.  50+ rekod selaman.  Hebat muda lg dah ada rekod byk tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Emmm. Mcm tangmo nida ke acaner?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Current kuat sgt kot. Penat kalau melawan current tapi kalau ikut current memang hanyut la nth ke mana2. Bawah tu bukan nye tahu mana kanan kiri, tk ley imagine kalau gas habis
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat lagi mase dive kt pulau tioman, ade dua group. Group 1 lpas sorg2 timbul ikut DM, group lg nth ke mana tak muncul2. Bdk bawah bot dh cuak, pusing2 cari sekitar tu sbb jnji kt situ naik.
Dlm mase yg same cari buih, coz klu ade buih2 kt surface mkne nye ade org la kt bawah.
Masalah nye tk adeeeee.
Tiup wisel, terjengah2, lame tu baru timbul.
DM kate sesat, masuk dalam gua kecik je, air pun tk cantik, so nmpk kabur, current kuat.
Mujur la pndai timing ble perlu naik, buat nye cuak, mkin cpt laju bernafas mkin cpt gas hbis.
So this situation nk kne pcya dkt DM la kot.
Kepada DM kite berserah.
DM tu dive master, dia yg guide kt bwah tu.
Dive tk ley sorg2, kne ade buddy. Tu rules no 1.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2022 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku harap satu hari nnt aku boleh lawan ketakutan air dalam especially laut yg air kdg2 biru pekat tak nampak apa kt dalam.. membe aku ckp tak pandai berenang pun takpe boleh pegi amik lesen diving biar betoii??  
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
immaryjane replied at 8-4-2022 09:09 PM
Ingat lagi mase dive kt pulau tioman, ade dua group. Group 1 lpas sorg2 timbul ikut DM, group lg nth ...

Yg minah yg selamat tu katanya dive masternya eh?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya apa peranan APMM (Maritim) aka coastal guard, selain rescue kat tengah laut? Kalau ada penceroboh kat laut, APMM boleh tembak juga ke?

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Piramida at 8-4-2022 09:27 PM

Current lah kot.. Kuat. Pernah alami.. Terpaksa follow je arus tu bawa mana, mcm masuk terowong masa je. Takuttt..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.119692 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list