CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 314|Reply: 0

[Kedah] Pengguna merungut harga ayam golek, percik naik dua kali ganda: Cake

[Copy link]
Post time 6-4-2022 04:21 PM | Show all posts |Read mode

Laporan Sinar Harian pada Selasa. Gambar kecil: Mohamad Yusrizal

ALOR SETAR - Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake) mengesan kenaikan harga makanan berasaskan ayam hampir dua kali ganda di bazar Ramadan di Kedah tahun ini.

Setiausaha Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pemantauan dijalankan pihaknya mendapati harga ayam percik dan ayam golek meningkat mendadak berbanding tahun lepas.

Katanya, juadah tersebut biasanya boleh diperolehi pengguna dengan harga sekitar RM9 hingga RM15 seekor sahaja sebelum ini.

"Bagaimanapun, kini harga makanan tersebut didapati mencecah hampir RM25 seekor. Cake mengesan kenaikan ini selepas menerima runggutan pengguna dan membuat pemantauan.

"Apabila ditanya, peniaga maklumkan kenaikan harga makanan di bazar Ramadan disebabkan peningkatan harga barang mentah dan kos pengangkutan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, peniaga turut mendakwa mereka tiada pilihan hingga terpaksa menaikkan harga makanan di bazar Ramadan disebabkan terkesan dengan kenaikan kos lain.

"Kos buruh turut naik. Tahun lepas, pekerja boleh lagi dibayar sekitar RM15 hingga RM20 sehari namun kini upah RM30 sehari pun orang tidak mahu kerja.

"Peniaga beritahu perlu tanggung kos sewaan tapak yang turut meningkat hingga menyebabkan harga makanan di bazar Ramadan terpaksa dinaikkan," katanya.

Bagaimanapun, Mohamad Yusrizal berkata, Cake belum menerima sebarang aduan tentang kenaikan harga makanan sebaliknya hanya mendengar rungutan pengguna sahaja.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... dua-kali-ganda-Cake
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.085652 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list