CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2297|Reply: 20

Tujuh Kubur Dipecahkan, Keranda Dibakar, Si Mati Hilang. Apa Dah Jadi?

[Copy link]
Post time 6-4-2022 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Sibu: Bukan saja kubur dipecahkan, malah keranda dibakar dan rangka si mati di dalam keranda itu hilang.


Itu kejadian aneh membabitkan tujuh kubur di tanah perkuburan Cina, Bukit Aup, di sini.


Pengerusi Persekutuan Persatuan Kubur-kubur Cina Bahagian Sibu, Kaunselor Teo Boon Siew berkata, kejadian disedari beberapa keluarga yang datang untuk memperingati serta membersihkan kawasan tanah perkuburan nenek moyang dan ahli keluarga mereka sempena sambutan Ching Ming pada Ahad lalu.




Foto: Harian Metro






"Semuanya ada tujuh kubur yang dipecahkan kerana kubur di sini tidak ditanam dalam tanah dan hanya dimasukkan ke dalam lubang yang ditutup menggunakan simen dan bata.


"Kami juga mendapati keranda daripada kubur berkenaan diseret keluar dan dibakar di semak berhampiran.


"Kami tidak tahu apa motif sebenarnya individu itu berbuat demikian," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, kesan keranda dibakar itu dapat dilihat di semak berhampiran dan ia dipercayai dilakukan kira-kira seminggu lalu.


Teo berkata, apa yang pelik, rangka atau tulang temulang si mati langsung tidak ditemui.


"Kita percaya mereka yang menjalankan kegiatan ini hanya mahukan tulang si mati. Kenapa saya berkata begitu, sebab tiada langsung satu tulang dijumpai.


"Mungkin mereka mengumpul tulang si mati untuk kegunaan sesuatu tetapi kita tidak tahu apa motifnya mereka berbuat demikian," katanya.


Teo mengecam tindakan sedemikian yang dianggapnya tidak menghormati orang yang sudah meninggal dunia.


Beliau juga percaya pelaku adalah orang yang berpengalaman mengenai selok-belok urusan pengebumian.


Menurutnya, semua ahli keluarga terbabit membuat laporan di Balai Polis Sungai Merah.


Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Collin Babat mengesahkan pihaknya ada menerima empat laporan berhubung kejadian menceroboh kubur pada Isnin lalu.


"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh tanah perkuburan," katanya ketika dihubungi.-CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 03:29 PM | Show all posts
mau recycle ruang barangkali
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 03:31 PM | Show all posts
abis la Sibu ada kumpulan pemuja setan
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat dadu main belangkas kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada jugak jenis mayat tak tanam,tapi parking dalam kotak kat atas jer??
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 6-4-2022 01:09 AM

Semakin bertambahlah pochong dan pontianak!

Saya ada baca pontianak ni sebenarnya manusia biasa sahaja tetapi bila dia nak jadi pontianak dia akan keluarkan bahagian isi perutnya dari lehir dan dia akan simpan dan sorokan bahagian badan yang kosong itu dari dijumpai oleh manusia, bila dah cukup waktunya dia akan kembali semula ke badannya dan akan menjadi manusia normal seperti kita semua.

Mungkin ada di antara orang yang kita kenali juga adalah manusia pochong ataupun pontianak.




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2022 05:08 PM | Show all posts
Pencuri nak ambil barangan berharga mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila BC berita ni..teringat cite Korea berkaitan Feng Shui..tamak NK berkuasa, sanggup tanam kat kubur diraja..satu LG cite Korea 'face reader".. face reader buat ramalan, nt pembantu raja yg jahat Tu akn dipancung..tp smp die Tua mati xkene pancung pun..rupanya beberapa thn Lps Tu, raja lain Naik takhta, kubur die kene gali, pastu dipancung..
Kaitan dgn berita?  Tah xde kaitan tp SBB kubur kene gali kut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 06:30 AM | Show all posts
ooo baru tau tak tanam...gilos bakar pon takde siapa yang sedar..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
stania83 replied at 7-4-2022 06:30 AM
ooo baru tau tak tanam...gilos bakar pon takde siapa yang sedar..

Klu dh jd abu bkn glowing in the dark ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemuja setan ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 6-4-2022 04:59 PM
Semakin bertambahlah pochong dan pontianak!

Saya ada baca pontianak ni sebenarnya manusia biasa sah ...

Yg tinggalkan badan tu penanggal...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 08:04 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 6-4-2022 04:59 PM
Semakin bertambahlah pochong dan pontianak!

Saya ada baca pontianak ni sebenarnya manusia biasa sah ...

jenis ni bukan balan-balan atau penanggal ke, nama nya?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 08:21 AM | Show all posts
Edited by Hizert at 7-4-2022 08:24 AM

The rise of Chinese Vampire!!

Ready kertas kuning tampal di dahi gaiss nanti dia stop melompat.




Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 12:06 PM | Show all posts
ke tulang tu dijual?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 01:22 PM | Show all posts
ilmu hitam ni
kalu mayat ibu mati bersalin, lagila org amal ajaran ilmu hitam ni cari

tu yg dulu2 ada tukang jaga kubur, tidor mlm2 kt kubur jaga kwsn kubur dari dicuri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
woow.persatuan kubur kubur pon ada...ada harta kot dalam tu...tapi zaman moden sekarang ada ke cina tanam harta sekali dalam kubur?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 06:26 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 6-4-2022 02:50 PM
Yg tinggalkan badan tu penanggal...

Saya silap, ianya penanggal
Terima kasih!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 06:27 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 7-4-2022 02:32 AM
AznieBunnie replied at 6-4-2022 04:04 PM
jenis ni bukan balan-balan atau penanggal ke, nama nya?

Hahaha..waktu itu kepala otak saya asik fikir pasal pontianak aja

marimo moss ball size
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 7-4-2022 10:04 PM

sudah..kang terlompat lompat kt pasar malam..tu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.281078 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list