View: 2629|Reply: 24
|
Ridwan Tee Anak Beranak Duduk Menumpang Di Rumah Tiada Elektrik Dan Air-Nak Minum Terpaksa Beli Air Atau Tadah Hujan
[Copy link]
|
|
SUNGAI PETANI: Lima beranak yang dihimpit kemiskinan terpaksa hidup menumpang di sebuah rumah tanpa kemudahan bekalan elektrik dan air di Kampung Kilang Makau, Pokok Asam di sini sejak empat tahun lalu.
Muhammad Ridwan Tee Abdullah, 45, yang juga seorang mualaf berkata, dia menumpang di rumah berukuran enam meter panjang dan lapan meter lebar itu kerana tidak memiliki rumah sendiri dan rumah tersebut merupakan milik seorang pekebun sayur.
Menurutnya, dia tidak mampu untuk membiayai kos pemasangan elektrik dan air kerana pendapatannya sebagai tukang cat di bengkel kereta, menjual barangan terbuang serta membersih kawasan jirat Cina sekadar cukup menyara keluarga.
 Foto: Utusan
Katanya, dia tinggal bersama Rahimah Abd. Razak, 38, serta tiga lagi anak mereka, Muhammad Farish Daniel, 10, dan Nurfarhanie, 9, dan Muhammad Fazrin Danish, 5.
“Pada waktu malam, saya menggunakan lampu solar terpakai yang dipasang sendiri dan bekalan air pula diambil dari sebuah perigi berdekatan kawasan paya.
“Bagaimanapun air perigi itu berbau kerana terletak berdekatan paya namun itu lah satu-satunya bekalan untuk mandi dan membasuh manakala air bersih untuk diminum terpaksa dibeli, selain menadah air hujan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Muhammad Ridwan memberitahu, dua anaknya, Muhammad Farish Daniel dan Nurfarhanie merupakan murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Tai Tong di sini.
Sementara itu, tambahnya, anak bongsunya, Muhammad Fazrin Danish tidak dapat dihantar belajar di tabika kerana kesempitan wang.
Muhammad Ridwan berkahwin dengan Rahimah pada tahun 2012 dan pernah tinggal di beberapa tempat sebelum dibenarkan mendiami rumah tersebut.
“Saya juga pernah memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Lembaga Zakat Negeri Kedah, namun tidak diketahui statusnya sehingga kini.
“Selain orang perseorangan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam yang banyak membantu keluarga saya untuk meneruskan hidup,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Muhammad Ridwan di talian 019-7369397. – CARI
Sumber: Utusan Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nasib tak letak tajuk Ridwan Tee Abdullah kini merempat |
|
|
|
|
|
|
|
tak tau nak komen macam mana di bulan romadon yang mulia ini
|
|
|
|
|
|
|
|
sabar ye nanti bEbird Lewlew sampai... jangan kata rumah, letrik, mesin coway air bersih pun boleh dapat bang. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tahu susah bawak2 lah family planning...jgn lah dok susun paku anak tu  |
|
|
|
|
|
|
|
Adik2 ni semua tak ada ugama kah? kan kata anak itu rezeki.. itu lah rezekinya  |
|
|
|
|
|
|
|
laaa aku ingat ridwan tee pendakwah mualaf tu |
|
|
|
|
|
|
|
dun worry
super liew will come  |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga ada pihak yang sudi membantu |
|
|
|
|
|
|
|
Yang gigih nak menderma dibulan posa ni elok ler hulurkan bantuan dari nasi terbiar sampai basi main tabur2 duit |
|
|
|
|
|
|
|
Ridhwan Coffee Abdullah ni kan pendakwah berbangsa Cina jinak? |
|
|
|
|
|
|
|
Gitu la kan..tak habis2 meminta2
Dr dulu akak dh cakap, stok2 mcm ni mmg suka mengemis je.minta la segala mala bantuan yg ada
Sbb tak tau malu. |
|
|
|
|
|
|
|
Aduh..rasa berdosa kita mkn sedap2 tiap hari sampai buang2. Apa kita nak jawab di hadapan Rabbul Jalil nanti lagi2 pemimpin.
Ni dah mcm ada kematian tapi sorang pun tak jalankan tanggungjawab & semua kat situ kena. |
|
|
|
|
|
|
|
ketambangkang: laaa aku ingat ridwan tee pendakwah mualaf tu
ingatkan nama Riduan tee tu pendakwah tu je pakai
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik anak skola, idok kalulagi kena kecam.. inilah kehidupan. Semoga yg baik-baik utk semoa |
|
|
|
|
|
|
|
3 jer..x ramai mana la...tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya ampun ingatkan yg penceramah tu td dgr berita ada ustaz mana entah sibuk nk infak pam air dkt cambodia. Baik la ko tlg mamat ni saliran air n elektrik |
|
|
|
|
|
|
| |
|