CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 342|Reply: 0

[Kedah] Lima beranak menumpang rumah tanpa elektrik, air

[Copy link]
Post time 6-4-2022 11:17 AM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Ridwan Tee Abdullah (kiri) bersama isteri, Rahimah Abd. Razak dan salah seorang anak, Muhammad Fazrin Danish di hadapan rumah mereka yang ditumpang di Kampung Kilang Makau, Pokok Asam, Sungai Petani, Kedah, semalam. - FOTO/OTHMAN YAHAYA

SUNGAI PETANI: Lima beranak yang dihimpit kemiskinan terpaksa hidup menumpang di sebuah rumah tanpa kemudahan bekalan elektrik dan air di Kampung Kilang Makau, Pokok Asam di sini sejak empat tahun lalu.

Muhammad Ridwan Tee Abdullah, 45, yang juga seorang mualaf berkata, dia menumpang di rumah berukuran enam meter panjang dan lapan meter lebar itu kerana tidak memiliki rumah sendiri dan rumah tersebut merupakan milik seorang pekebun sayur.

Menurutnya, dia tidak mampu untuk membiayai kos pemasangan elektrik dan air kerana pendapatannya sebagai tukang cat di bengkel kereta, menjual barangan terbuang serta membersih kawasan jirat Cina sekadar cukup menyara keluarga.

Katanya, dia tinggal bersama Rahimah Abd. Razak, 38, serta tiga lagi anak mereka, Muhammad Farish Daniel, 10, dan Nurfarhanie, 9, dan Muhammad Fazrin Danish, 5.

“Pada waktu malam, saya menggunakan lampu solar terpakai yang dipasang sendiri dan bekalan air pula diambil dari sebuah perigi berdekatan kawasan paya.

“Bagaimanapun air perigi itu berbau kerana terletak berdekatan paya namun itu lah satu-satunya bekalan untuk mandi dan membasuh manakala air bersih untuk diminum terpaksa dibeli, selain menadah air hujan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Muhammad Ridwan memberitahu, dua anaknya, Muhammad Farish Daniel dan Nurfarhanie merupakan murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Tai Tong di sini.

Sementara itu, tambahnya, anak bongsunya, Muhammad Fazrin Danish tidak dapat dihantar belajar di tabika kerana kesempitan wang.

Muhammad Ridwan berkahwin dengan Rahimah pada tahun 2012 dan pernah tinggal di beberapa tempat sebelum dibenarkan mendiami rumah tersebut.

“Saya juga pernah memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Lembaga Zakat Negeri Kedah, namun tidak diketahui statusnya sehingga kini.

“Selain orang perseorangan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam yang banyak membantu keluarga saya untuk meneruskan hidup,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Muhammad Ridwan di talian 019-7369397. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... tanpa-elektrik-air/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.099972 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list