CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 398|Reply: 0

[Kedah] 2 lelaki ditahan bersama 950 kg ketum

[Copy link]
Post time 6-4-2022 10:57 AM | Show all posts |Read mode

Anuar (dua dari kiri) pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di hari ini menunjukkan daun ketum yang dirampas di Taman Batik di sini, Jumaat lepas. FOTO BERNAMA

Sungai Petani: Polis menahan dua lelaki serta merampas 950 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM14,250 di Taman Batik di sini, pada Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintendan Anuar Abdul Rahman@abdul Rahim berkata, suspek berusia 30 dan 41 tahun itu ditahan di dalam lori yang dalam keadaan mencurigakan ketika polis sedang melakukan rondaan di kawasan itu pada 2.30 pagi.

"Pemeriksaan lanjut di dalam lori itu ditemukan 95 bungkusan plastik hitam yang di dalamnya mengandungi daun-daun hijau disyaki daun ketum yang dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, hari ini.

Anuar berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kedua-dua suspek yang merupakan kenalan itu dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran daun ketum sejak sebulan lepas dengan berperanan sebagai 'runner' atau penghantar barangan.

"Pengedaran daun ketum ini dipercayai didalangi lelaki warga Thailand dan mereka ini menerima upah sebanyak RM1,000 untuk menghantar bekalan daun ketum dari kawasan Pendang ke Changlun.

"Kita tahan mereka di kawasan Taman Batik, sewaktu dalam perjalanan pulang selepas gagal membuat penghantaran bekalan ke Changlun," katanya yang memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Beliau berkata, bekalan daun ketum yang dirampas itu mampu digunakan sehingga 23,750 individu yang menyalahgunakan daun berkenaan.

Dalam pada itu, Anuar berkata, seramai 16 warga Indonesia termasuk seorang wanita berusia antara 35 hingga 60 tahun yang leka bermain judi dadu serta judi bola gelek dan sabung ayam ditahan polis dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Tok Pawang di Bedong dekat sini, Jumaat lalu.

Beliau berkata, dalam serbuan pada 4.45 petang itu, polis turut menahan empat lelaki tempatan berumur antara 25 hingga 60 tahun yang disyaki penganjur kepada kegiatan perjudian tersebut.

"Kita merampas pelbagai peralatan perjudian, 26 ekor ayam sabung yang digunakan bagi pertaruhan dan wang tunai berjumlah RM9,434.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 32(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015, Peraturan 11(2) dan Seksyen 31 Akta Pencegahan dan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63," katanya.


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ersama-950-kg-ketum

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.073898 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list