CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

[Perlis] 9 lokasi 'geng plastik hitam' dipantau JAIPs

[Copy link]
Post time 6-4-2022 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Kangar: Sebanyak sembilan lokasi tumpuan atau 'hotspot' dalam kalangan 'kaki ponteng puasa' di Perlis sudah dikenal pasti oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) sepanjang Ramadan ini.

Timbalan Pengarah JAIPs, Muhammad Hafeez Abu Seman berkata, daripada sembilan lokasi itu, tiga daripadanya adalah 'hotspot' baharu manakala selebihnya adalah lokasi lama bagi individu yang sering mencari peluang untuk tidak berpuasa.

"Berdasarkan aduan dan pemerhatian pihak JAIPs, setakat ini ada tiga lokasi 'hotspot' baru selain enam lokasi 'port lama' yang turut dipantau.

"Memasuki hari keempat puasa ini, kita mendapati masih wujud lokasi yang sering menjadi tumpuan individu untuk melakukan kesalahan tidak berpuasa ini.

"Malah, ini juga adalah disebabkan masih terdapat peniaga yang degil dan melanggar undang-undang dengan menjual makanan dan minuman sebelum masa yang dibenarkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, lokasi tumpuan golongan yang sering ponteng puasa ini adalah di kawasan pekan serta beberapa kampung di tiga daerah utama negeri itu iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar.

"JAIPs sebagai agensi yang bertindak melaksanakan dasar agama Islam negeri berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis dan peruntukan enakmen berkaitan sentiasa berusaha memelihara kesucian bulan Ramadan dengan menguatkuasakan Seksyen 25, Enakmen Jenayah Dalam Syarak (EJDS) 1991 (Pindaan 2012) yang khusus berkaitan dengan kesalahan mencemarkan Ramadan.

"Malah kita juga sering membuat pemantauan berkala selain sentiasa menggalakkan dan membuka ruang kepada masyarakat untuk mengemukakan aduan dan antara kesalahan yang berkaitan adalah makan, minum, merokok dengan sengaja di khalayak ramai ketika siang Ramadan dan menjual makanan, minuman, serta tembakau kepada orang Islam bagi tujuan tidak berpuasa khususnya sebelum waktu yang dibenarkan oleh pihak berkuasa.

"Dalam usaha melaksanakan penguatkuasaan berkaitan hal ini, kita turut merangka beberapa siri Operasi Bersepadu Ramadan (OPS Ramadan) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar (MPKPs), polis, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) dan Jabatan Penyiaran Negeri sepanjang Ramadan ini," katanya.

Menurutnya, individu yang ditahan kerana melakukan kesalahan berkenaan boleh disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 25 EJDS 1991 (Pindaan 2012) yang memperuntukkan denda maksimum RM3,000, penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan kali pertama.

"Manakala bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, maksimum denda yang diperuntukkan adalah RM5000, penjara selama tiga tahun, atau kedua-duanya," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... itam-dipantau-jaips

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.049659 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list