Sebuah klip video yang mendapat perhatian netizen di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang penunggang motosikal kemalangan selepas melanggar arahan pengawal trafik, lapor laman berita Suara.com.
 Kredit foto: IG @memomedsos
Video yang dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik dalam akaun Instagram bernama @memomedsos.
Kelihatan dua pengawal trafik sedang mengawal lalu lintas di sebatang jalan. Seorang daripada mereka memberikan isyarat agar kenderaan di sebelah kanan lalu dahulu.
Seorang penunggang motosikal berwarna putih kemudian tiba di simpang jalan berkenaan dengan pengawal trafik bertopi biru itu memberi isyarat agar dia berhenti.
Bagaimanapun, penunggang motosikal itu tidak mengendahkan isyarat berkenaan lalu cuba melintas.
Penunggang lain yang datang dari arah kanan tidak sempat membrek motosikalnya lalu bertembung dengan motosikal putih tersebut. Mereka kemudian terjatuh dan motosikal itu mengalami sedikit kerosakan.
Sumber: Kosmo
|