CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 575|Reply: 1

Tiada Kompromi Buat Peniaga Bazar, Jual Lebih Satu Sen Pun Tetap Salah!

[Copy link]
Post time 6-4-2022 05:07 AM | Show all posts |Read mode
Jual lebih satu sen daripada harga maksimum akan tetap dikira sebagai satu kesalahan bagi semua jenis barang kawalan.


Itu amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi susulan tindakan segelintir peniaga menaikkan harga ayam yang dikesan berlaku di Johor.




Alexander Nanta Linggi ketika mengadakan program walkabout di Bazar Ramadan, di Putrajaya semalam. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR





Menurut beliau, kerajaan menetapkan harga maksimum bagi barang kawalan idan ia perlu dipatuhi  peniaga di seluruh negara.


Kata Alexander, tidak kira alasan diberikan kerana kementeriannya sudah membuat sekatan harga maksimum di pelbagai peringkat termasuk di ladang, pemborong dan peruncit.


“Satu sen lebih pun sudah jadi kesalahan apa lagi jika dijual sehingga RM10 sekilogram, itu adalah kesalahan besar,” katanya ketika ditemui pada program walkabout di Bazar Ramadan, di sini hari ini.


Beliau meminta pengguna supaya menyalurkan apa-apa aduan berkaitan kenaikan harga ayam  di tempat masing-masing supaya siasatan lanjut boleh dilakukan.


Dalam pada itu, Alexander berkata, peniaga juadah Ramadan tidak sepatutnya menaikkan harga jualan kerana kebanyakan harga barang  mentah bagi keperluan buka puasa dan Hari Raya telah dikawal kerajaan melalui Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia sehingga 5 Jun depan.


“Barang-barang tersebut termasuklah ayam, telur ayam, minyak masak sawit tulen, tepung gandum kegunaan am, gula, gas cecair memasak (LPG), RON95 dan diesel untuk pengangkutan,” katanya.


Sementara itu Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, pemeriksaan akan dilakukan secara bergerak bagi memantau harga makanan di bazar Ramadan.




Ariffin ketika membuat tinjaun Ops Pantau Bazar Ramadan di Jalan Raja Alang Kampung Baru





“Bermula esok (Rabu), kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang melanggar etika perniagaan,” katanya.


Ariffin berkata, pihaknya akan memastikan kesemua peniaga bazar meletakkan tanda harga secara terperinci bagi mengelakkan pertikaian antara penjual dan pembeli.




Sumber: UTUSAN/Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 10:14 AM | Show all posts
sudah la sembang je muntri2 ni..harga tu kasi turun la..ni minyak botol harga mahal nk mmpos..pastu ayam sekilo dekat rm9..telur gred D da nk dekat rm12..sembang cm sial lagi nk soh peniaga turun harga..patutnya barang mentah tu turun harga baru barang jualan bleh turun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.039391 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list