CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 407|Reply: 2

[Kedah] Beri air jagung percuma kepada pengunjung bazar Ramadan

[Copy link]
Post time 5-4-2022 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Kubang Pasu: "Tahun ini kami hanya mahu bersedekah dan pengunjung yang datang ke bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini akan diberikan air jagung Klebang secara percuma. Terpulang kepada mereka mahu berapa bungkus cuma kami nasihatkan mereka supaya jangan membazir," kata Suraya Ayob, 40.

Suraya dan suaminya, Zulfahmi Shariff, 40, menunaikan hasrat individu dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyumbang dana untuk mereka melakukan Infaq Ramadan tahun ini.

Katanya, sebelum ini mereka menjual air jagung Klebang pada harga RM5 sebungkus dan mendapat sambutan di luar dugaan sejak berniaga pada 2017.

"Namun tahun ini, belum sempat kami nak sewa tapak bazar ini, sudah ada NGO dan individu tertentu datang memberi dana supaya kami dapat memberi air jagung Klebang ini secara percuma kepada pengunjung yang datang," katanya ketika ditemui di tapak gerai jualannya bazar Taman Mahsuri, Bandar Darulaman di sini, hari ini.

Suraya berkata, ia sedikit-sebanyak dapat memberi orang ramai terutama yang kurang berkemampuan merasa air jagung jualannya.


Suraya Ayob dan suaminya, Zulfahmi Shariff menyediakan air jagung Klebang yang diberi secara percuma kepada pengunjung bazar Ramadan Taman Mahsuri. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Menurutnya, setiap hari mereka menyediakan antara empat paling banyak enam balang minuman yang mampu memperoleh lebih 200 bungkus dan diberi kepada orang ramai.

"Air jagung Klebang kami sangat istimewa kerana selain air jagungnya yang pekat, turut diletakkan jagung dalam tin supaya lebih sedap dan berlemak.

"Alhamdulillah, rezeki buat orang ramai, kami menjualnya dalam tempoh satu jam sejak bazar ini dibuka pada 4 petang," katanya

Suraya berkata, mereka ada memberi air jagung percuma kepada pengunjung pada 10 hari terakhir Ramadan pada tahun lalu tapi pada tahun ini, mereka memberi secara percuma.

Menurutnya, selain memberi air jagung secara percuma, orang ramai juga berpeluang merakam gambar swafoto dan memuat turun dalam Facebook serta berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang akan diumumkan pada malam raya nanti.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... zar-ramadan-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 11:32 AM | Show all posts
bkk kol 4 yer....errrmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 12:01 PM | Show all posts
alhamdulillah. semoga terus dimurahkan rezeki. aamiin.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.162531 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list