CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 0

[Pulau Pinang] PBAPP, kerajaan negeri digesa tingkatkan kapasiti Empangan Air Itam

[Copy link]
Post time 4-4-2022 02:47 PM | Show all posts |Read mode
Georgetown: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) dan kerajaan negeri digesa supaya mengkaji pelaksanaan projek bagi meningkatkan kapasiti air di Empangan Air Itam di sini.

Gesaan itu juga bagi menggaris semula kawasan pembekalan air dari tiga empangan utama di negeri ini termasuk Empangan Mengkuang dan Empangan Teluk Bahang.

Jurucakap Parti Gerakan Pulau Pinang Kawasan Air Itam, Eric Woo berkata, pihaknya bimbang dengan kenyataan PBAPP bahawa kapasiti Empangan Air Itam kini hanya berada pada paras rendah iaitu 38.5 peratus.

Sekiranya isu itu tidak ditangani, Eric berkata, ia akan menyebabkan penduduk sekitar kawasan itu berdepan situasi putus bekalan air bagi kegunaan harian.

"Kita tahu PBAPP mendapatkan air dari kawasan Seberang Perai bagi menampung kegunaan di bahagian pulau tetapi apa yang menjadi persoalan kini mengapa tiada tindakan atau kajian dibuat bagi menambah kapasiti simpanan atau sumber air baharu sebagai alternatif menangani isu kekurangan air di empangan Air Itam?

"Selain itu, jumlah penduduk di kawasan berkenaan yang padat dan ditambah pula dengan projek perumahan baru turut dipercayai menjadi punca kekurangan air di kawasan terbabit," katanya pada sidang media di Jalan Macalister, hari ini.

Eric berkata, PBAPP kerap mengeluarkan kenyataan supaya penduduk negeri itu khususnya di kawasan Air Itam supaya menggunakan air secara berhemat.

"Namun tindakan bagi mengatasi isu kekurangan air oleh pihak berkenaan tidak dititik berat secara menyeluruh.

"Empangan Air Itam siap dibina pada 1962 dengan kapasiti penyimpanan air 2.16 billion liter, namun selepas 60 tahun kadar penyimpanan masih pada tahap yang sama.

"Kita tidak lihat usaha daripada PBAPP bagi menambah sumber air di empangan itu walaupun isu kekurangannya sering berlaku khususnya pada musim panas," katanya.

"Pihak berkenaan juga digesa supaya tidak menggunakan isu penyusutan air di Empangan Air Itam sebagai alasan menaikan tarif air di negeri ini," katanya.

Terdahulu, PBAPP menerusi kenyataannya mengeluarkan amaran situasi air di negeri itu apabila kapasiti Empangan Air Itam direkodkan rendah dengan peratusan 38.5 peratus pada Khamis lalu.

Selain Empangan Air Itam, kapasiti efektif di dua lagi empangan di negeri itu sehingga Khamis lalu adalah 73.5 peratus bagi Empangan Teluk Bahang dan 91.4 peratus bagi Empangan Mengkuang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-empangan-air-itam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.077897 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list