CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 333|Reply: 0

[Kedah] Lima beranak tinggal sehelai sepinggang

[Copy link]
Post time 4-4-2022 01:34 PM | Show all posts |Read mode

AMIR Hafizuddin membelek barangan yang hangus di rumah mereka di Kampung Kuala Chenerai, Kuala Pegang. FOTO SAFURI KAMARUDIN.

Baling: Tiga beranak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Kuala Chenerai, Kuala Pegang, dekat sini, musnah dalam kebakaran pada hari pertama umat Islam berpuasa semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, api dikatakan berpunca dari bahagian atas rumah sebelum merebak ke seluruh bahagian rumah dalam tempoh singkat.

Mangsa, Abu Hassan Ibrahim, 60, berkata ketika kejadian hanya isterinya, Sopiah Ishak, 52, berada di rumah.

Katanya, sebelum kejadian dia keluar menghantar anak bongsunya, Amir Hafizuddin, 15, mendaftar masuk ke asrama di Maktab Mahmud Baling.

"Ketika berada di maktab, saya dihubungi jiran memaklumkan mengenai kejadian itu menyebabkan saya bergegas pulang sebelum mendapati rumah kami sedang dijilat api.

"Mujur isteri sempat menyelamatkan diri, tetapi kami tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat mengeluarkan perkakas rumah langsung," katanya ketika ditemui hari ini.

Abu Hassan berkata, api mungkin berpunca akibat litar pintas yang kemudian menyambar perkakas lama di bahagian atas rumah berkenaan.

"Kami hanya tinggal tiga beranak di rumah ini kerana anak sulung, Muhamad Arshad, 20, belajar di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan anak kedua, Hafizah,19, belajar di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNISAS).

"Saya anggap ini ujian ke atas kami ketika awal Ramadan tahun ini…boleh dikatakan tidak ada apa yang tinggal, malah dokumen penting termasuk sijil persekolahan anak, sijil kelahiran dan sijil nikah semuanya hangus," katanya.

Abu Hassan yang juga orang kurang upaya (OKU) berkata, dia hanya bergantung hidup berniaga kecil-kecilan termasuk menjual air kelapa di hadapan rumahnya.

Katanya, isterinya kini masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani berikutan terkejut dengan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Mohd Jamil Mat Daud, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.01 pagi semalam.

"Anggota dapat memadam api sepenuhnya pada jam 11.02 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Bagaimanapun, salah seorang mangsa terpaksa dihantar ke HSAH Sungai Petani kerana mengalami kesukaran bernafas akibat terkejut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sehelai-sepinggang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.073499 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list