CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sambung belajar demi balas jasa adik-beradik

[Copy link]
Post time 4-4-2022 10:14 AM | Show all posts |Read mode

FARHANA SYAFIKA Suait menunjukkan surat tawaran melanjutkan pengajian yang diterimanya pada Majlis Perasmian JPKM di UiTM cawangan Pulau Pinang di Permatang Pauh hari ini.


PERMATANG PAUH: “Kalau boleh saya mahu belajar sampai dapat apa yang saya nak (impian tercapai). Lagipun, mereka (adik-beradik) dah banyak tolong saya. Jadi, saya kena terus belajar untuk tolong mereka (balas jasa) semula.”

Itu kata Farhana Syafika Suait, 22, penuntut Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Permatang Pauh di sini.

Kata Farhana Syafika, bapanya yang bekerja sebagai pesawah menghembuskan nafas terakhir kira-kira enam bulan lalu dan sejak itu, segala hal-ehwal pengajian dan kos sara hidupnya dibiayai abang-abangnya.

Menurut anak kesembilan daripada 10 beradik itu, dia membuat keputusan memohon melanjutkan pengajian ke universiti itu atas nasihat dua abangnya yang juga merupakan graduan UiTM selepas gagal dalam permohonan awal ketika mengisi borang Unit Pusat Universiti (UPU) secara online tahun lalu.

“Saya isi ‘UPUOnline’ tak dapat, jadi saya mohon sendiri untuk masuk UiTM pada sesi pengambilan kedua ini di ‘website’ (laman sesawang) mereka dan Alhamdulillah berjaya,” kata bekas penuntut Politeknik Ungku Omar di Ipoh, Perak itu.

Farhana Syafika ditemui pada Majlis Perasmian Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) anjuran Yayasan Prihatin Nasional (YPN) yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di UiTM di sini.

Dia merupakan antara tujuh anak kelahiran Pulau Pinang yang hadir pada sesi penyerahan surat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) yang dilakukan secara simbolik.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Induk JPKM, Prof Emeritus Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar serta Ketua Pegawai Eksekutif YPN, Datuk Mohd. Aizuddin Ghazali.

Program jelajah pendidikan itu merupakan kesinambungan daripada siri Jelajah Pendidikan Bumiputera (JBP) yang dianjurkan sebelum ini iaitu dalam bentuk pameran pendidikan yang melibatkan semua universiti awam (UA) serta institut kemahiran tinggi.

Dalam pada itu, Mohd. Aizuddin memberitahu, secara keseluruhan, JPKM memberikan sumbangan besar kepada rakyat Malaysia khususnya bagi golongan pelajar yang tercicir serta kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, YPN juga berharap pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2016 hingga 2021 yang kurang berkemampuan dan bernasib baik tidak melepaskan peluang keemasan untuk terus belajar.

“Dalam hal ini, Skim Bantuan Pendidikan turut disediakan kepada mereka yang layak hasil sumbangan agensi-agensi kerajaan dan badan korporat,” ujar beliau. –UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita ... -jasa-adik-beradik/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.056288 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list