CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 487|Reply: 0

Lelaki Kahwini Wanita 19 Tahun Lebih Tua Di Gua

[Copy link]
Post time 3-4-2022 09:29 PM | Show all posts |Read mode
Belalang Goreng Sebagai Mas Kahwin, Lelaki Kahwini Wanita 19 Tahun Lebih Tua Di Gua


Seorang lelaki mengahwini isterinya yang lebih tua 19 tahun daripadanya dengan memberikan belalang goreng sebagai mas kahwin.


Pengantin lelaki tersebut, Yudi Nuryanto, 29, menikahi Arismawati, 48, dalam satu majlis unik yang berlangsung di Gua Ngingkron, Gunung Kidul di Wonosari, Jawa baru-baru ini.

Memetik Tribun, selain belalang goreng, Yudi juga turut menghadiahi isteri tercintanya itu hantaran istimewa berupa peralatan solat.

Disebabkan lokasi majlis itu agak ekstrim dan jarang dilalui, Yudi mengakui bahawa mereka terpaksa menempuhi perjalanan yang sukar ke sana.

“Niat saya untuk melangsungkan perkahwinan unik ini adalah mahu berkahwin sebelum bulan Ramadan (ketika itu).

“Motivasi saya juga disebabkan saya tiada ahli keluarga dan ibarat saya bujang dari sudut pandangnya lalu saya ingin mengahwininya,” katanya, memetik Tribun.

Difahamkan, majlis ijab qabul itu dipimpin oleh imam tempatan Winosori, Ustaz Harsono selain turut diiringi alunan ayat suci Al-Quran yang bergema di dinding gua.

Sementara itu, Arismawati pula mengakui dirinya gembira dan kagum kerana majlis unik tersebut dilangsungkan di dalam gua, selain mengulas mengenai dirinya.

“Perbezaan umur 19 tahun membuatkan saya agak bimbang kerana usianya yang masih muda.

“Saya mengenalinya melalui Facebook dan bertemu sebanyak dua kali. Pertemuan kali kedua membuat saya tertarik dengannya,” kata pengantin itu.

Difahamkan, majlis itu adalah perkahwinan kali ketiganya selepas dia dikecewakan sebanyak dua kali dalam perkahwinan terdahulu bersama bekas suami.

Justeru, wanita itu berharap agar perkahwinan bersama lelaki yang berusia 19 tahun lebih muda daripadanya itu akan kekal dan bahagia.

Dalam pada itu, Yudi mendakwa majlis pernikahan mereka yang berlangsung di dalam gua merupakan kali pertama berlaku di Indonesia.

“Mungkin perkahwinan di dalam gua ini yang pertama di Indonesia, termasuk yang pertama di Gunung Kidul,” jelasnya.

Baginya, perkahwinan tersebut sengaja dilakukan menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba (ketika itu), di samping ia turut mempromosikan Gua Ngingrong sebagai salah satu destinasi alam di sana.

Berita itu mendapat perhatian sebahagian besar warganet Indonesia, rata-rata mereka memuji dan berasa kagum dengan keunikan majlis perkahwinan tersebut.

Sumber: TribunSolo.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.058454 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list