CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 386|Reply: 0

[Perlis] Lelaki dilaporkan hilang ditemui lemas

[Copy link]
Post time 3-4-2022 03:31 PM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang ditemui lemas di sungai Gua Ikan, Kaki Bukit selepas dilaporkan hilang sejak Khamis lalu. - Foto NSTP/Ihsan JBPM

PADANG BESAR: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pekan Kaki Bukit, di sini pada Rabu lalu ditemui lemas di sungai Gua Ikan berhampiran Gua Kelam, Kaki Bukit, di sini semalam.

Mayat Law Jiaan Biau, 52, ditemui jam 7.44 malam selepas polis dimaklumkan oleh orang awam yang terbabit dalam gerakan mencari lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas, berkata terdahulu, satu laporan polis dibuat oleh isteri mangsa pada Khamis lalu, di Balai Polis Kaki Bukit.

"Law dimaklumkan keluar dari rumah tanpa pengetahuan isterinya pada hari sebelumnya jam 12.30 tengah malam dan tidak pulang sejak itu.

"Mangsa kali terakhir dilihat penduduk, berjalan dari pekan itu menghala ke Gua Kelam pada Rabu sekitar jam 12.40 tengah malam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, gerakan mencari dijalankan oleh anggota polis dari Balai Polis Kaki Bukit bersama-sama komuniti Pekan Kaki Bukit bermula jam 1.30 pagi pada Rabu sehingga Jumaat dengan menumpukan kawasan di sekitar sungai di Pekan Kaki Bukit.

"Namun pencarian itu gagal menjumpai sebarang kesan atau pentunjuk sehinggalah semalam, polis menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk tempatan yang terbabit dalam gerakan mencari mangsa memaklumkan, menjumpai satu mayat di dalam sungai Gua Ikan," katanya.

Beliau berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Padang Besar dikerah ke tempat kejadian jam 8.10 malam untuk mengeluarkan mangsa dari dalam sungai berkenaan.

"Identiti mangsa kemudian disahkan oleh ahli keluarga berdasarkan kesan tatu yang terdapat di belakang mangsa.

"Hasil pemeriksaan fizikal pada mangsa, tidak menemukan sebarang tanda berlakunya perlakuan jenayah dan mangsa difahamkan mempunyai masalah mental sejak 20 tahun yang lalu," katanya.

Mayat dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Fauziah untuk bedah siasat.
https://www.bharian.com.my/berit ... ilang-ditemui-lemas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.050535 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list