CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 0

[Kedah] Ibu tunggal berhenti kerja jaga anak hidap leukemia

[Copy link]
Post time 3-4-2022 01:28 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Nasruddin Nasri, 12, disahkan menghidap kanser darah pada April 2021. - Foto FOCCAN

KUBANG PASU: Seorang ibu tunggal terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anak keduanya yang disahkan menghidap kanser darah pada April tahun lalu.

Noor Fazlin Ghazali, 35, ibu empat cahaya mata, berkata dia tiada pilihan kecuali berhenti berkhidmat sebagai anggota Polis Bantuan kerana terpaksa membawa anaknya, Muhammad Nasruddin Nasri, 12, menjalani rawatan di hospital secara berkala.

"Pada mulanya anak kerap demam malam dan sukar sembuh, kemudian alami pendarahan gusi yang banyak sebelum perutnya mula membesar. Saya bawa anak ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, Perlis dan pada 17 April tahun lalu, doktor pakar sahkan hati anak saya sudah bengkak dan menghidap 'leukemia limfloblastik akut' (ALL).

"Saya kemudian terpaksa membawa anak ke HTF setiap dua hari sekali untuk rawatan sebelum melakukan transfusi darah setiap dua kali seminggu dan sesi kemoterapi di Hospital Pulau Pinang (HPP) tahun lalu," katanya yang tinggal di Kampung Pida 2, Mukim Jeram, di sini.

Tanpa pendapatan, Noor Fazlin kini hanya mengharapkan ihsan orang tuanya yang hanya bekerja kampung selain mengusahakan sawah.

Katanya, Muhammad Nasruddin yang lebih mesra dipanggil Ayie juga terpaksa minum susu khas berharga RM100 sekotak selain ubat-ubatan lain.

"Dalam sebulan, RM400 perlu disediakan untuk beli susu Ayie, kos ulang alik ke hospital juga tinggi. Tiga anak lain berusia 14, sembilan dan tujuh tahun juga masih bersekolah dan kos persekolahan mereka ditanggung bapa saya," katanya.

Noor Fazlin berkata, selepas menjalani kemoterapi sebanyak enam kali tahun lalu, keadaan Ayie hanya baik untuk seketika dan kembali sakit pada Disember 2021 dengan keadaan darah putih tidak stabil dan meledak hingga 70 peratus pada Januari lalu.

"Doktor sudah menerangkan risiko yang terpaksa dia hadapi kesan kemoterapi kali ini. Bibirnya mungkin pecah dan rambut gugur, saya harap anak dapat bertahan," katanya yang sudah membuat permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan zakat untuk anaknya, namun belum mendapat sebarang maklum balas.

Katanya, dia kini sangat mengharapkan ihsan orang ramai untuk membantu membiayai kos rawatan dan membeli keperluan Ayie.

"Persatuan Sahabat Kanak Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN) turut membantu dengan melancarkan tabung bantuan. Ayie dijangka jalani rawatan intensif setahun selepas ini, banyak wang saya perlukan untuk perbelanjaan anak-anak. Tiada lagi tempat bergantung kecuali keluarga, namun mereka pun bukan orang senang," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... anak-hidap-leukemia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.259310 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list