CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 0

[Kedah] Sayu sambut Ramadan: Persiapan sahur, buka puasa musnah, rumah rosak dibadai ribut

[Copy link]
Post time 3-4-2022 01:06 PM | Show all posts |Read mode
HARON Tajuddin melihat rumah pusaka yang rosak akibat dihempap pokok macang di Kampung Sungai Pasir Kecil, Sungai Petani hari ini. – mingguan/OTHMAN YAHAYA

SUNGAI PETANI: Seramai 148 keluarga di daerah Kuala Muda di sini sayu menyambut ketibaan bulan Ramadan apabila rumah mereka mengalami kerosakan dalam kejadian ribut semalam.

Lebih pilu apabila beberapa persiapan untuk bersahur dan berbuka puasa pada hari pertama Ramadan turut musnah dalam kejadian pada pukul 2.25 petang itu.

Dalam kejadian ribut itu, sebanyak 81 buah rumah di Taman Seri Impian, Taman Songket (30),Taman Sutera Jaya (27),Taman Songket Indah (4),Taman Sari (2), Kampung Mandi Lembu (3) dan sebuah dewan orang ramai di Taman Seri Impian dilaporkan rosak.

Kebanyakan rumah terlibat mengalami kerosakan pada bumbung kerana diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut tersebut.

Seorang mangsa, Haron Tajuddin, 67, dari Kampung Su­ngai Pasir Kecil berkata, dia sedih kerana rumah pusaka yang didiami sejak kecil musnah selepas dihempap pokok macang selepas tumbang akibat angin kencang.

Menurutnya, sebelum kejadian dia sedang berehat di dapur dan terkejut apabila secara tiba-tiba terdengar deruman angin yang kuat menuju ke arah rumahnya.

“Dalam sekelip mata bumbung rumah saya diterbangkan angin kencang sebelum pokok macang berdekatan dapur tumbang dan menghempap ruang tamu rumah.

“Saya yang berada lebih kurang satu meter daripada ruang tamu bernasib baik kerana sempat berlari keluar melalui pintu dapur dan menuju ke rumah jiran tanpa alami sebarang kecederaan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang lagi mangsa, Siti Mahani Zakaria, 49, dari Taman Seri Impian pula berkata, dia sedih kerana tidak dapat bersahur dan berbuka puasa dalam keadaan sempurna kerana rumahnya ditakungi air hujan.

“Bumbung dapur, dua bilik tidur serta ruang tamu tercabut menyebabkan air hujan memasuki rumah yang turut merosakkan pelbagai barangan elektrik.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... osak-dibadai-ribut/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.070970 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list