CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 356|Reply: 0

[Kedah] JAIK pantau lokasi makan kaki ponteng puasa

[Copy link]
Post time 3-4-2022 01:02 PM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR: Beberapa lokasi tumpuan geng kaki ponteng puasa atau geng plastik hitam berada dalam radar pegawai dan anggota Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib, berkata antara daerah yang menjadi tumpuan geng kaki ponteng puasa ini adalah Kota Setar, Kubang Pasu, Kulim dan Kuala Muda.

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman sebelum ini, banyak tangkapan dilakukan di empat daerah berkenaan yang menjadi tumpuan kaki ponteng puasa termasuk makan di kedai bukan Islam.

"Taktik yang digunakan juga sama iaitu membeli nasi bungkus pakej berserta minuman dalam plastik hitam dengan harga RM5 atau RM10 yang kemudian diletakkan dalam kotak sebelum diambil kaki ponteng puasa.

"Selain itu, kita juga percaya mereka turut menggunakan pesanan makanan melalui khidmat p-hailing dan biasanya hanya seorang dua akan pergi ambil makanan itu dan bawa ke kawasan port iaitu di tempat yang terlindung termasuk hutan dan semak untuk makan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Radzi berkata, 100 anggota penguat kuasa JAIK di negeri ini akan melakukan pemantauan berterusan untuk memastikan tidak ada yang makan di khalayak ramai ketika bulan puasa ini.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melakukan pemeriksaan bersepadu bagi memantau lokasi premis yang menjadi tumpuan kaki ponteng puasa makan.

"Pihak PBT mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kompaun terhadap pemilik premis yang menjual makanan bermasak sebelum jam 3 petang kepada umat Islam yang tidak berpuasa dan makan di situ.

"Selain itu, saman akan dikeluarkan oleh pihak JAIK sekiranya ada yang makan di situ tanpa sebarang alasan munasabah dan biasanya pelbagai alasan akan diberikan ketika ditangkap," katanya.

Radzi berkata, pemantauan juga akan dilakukan bagi memastikan tidak ada penjualan makanan dalam but kereta kepada mereka yang tidak berpuasa.

Katanya, seperti tahun sebelum ini, ada peniaga yang sanggup menjual nasi bungkus berserta minuman dalam but kereta selain pelbagai jenis lauk pada sekitar waktu pagi.

"Sekiranya didapati ada yang makan minum di khalayak awam, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 14 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -kaki-ponteng-puasa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.058257 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list