CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 0

[Kedah] LITB jana pendapatan RM50 juta

[Copy link]
Post time 3-4-2022 11:20 AM | Show all posts |Read mode

Nasaruddin (kanan) bersama P Manoharan (tengah) dan Datuk Alexander Issac melihat risalah yang dipamerkan selepas merasmikan Pusat Penerangan Pelancongan (PPP) kendalian Tropical Charters di Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi. FOTO HAMZAH OSMAN

Langkawi: Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) mencapai kejayaan membanggakan selepas merekodkan ketibaan 10,216 pelancong dalam tempoh 15 November hingga 31 Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib, berkata pelaksanaan projek kira-kira empat setengah bulan itu turut berjaya menjana pulangan RM50 juta kepada negara.

"Berbekalkan kejayaan itu dan susulan pembukaan sempadan negara kepada pelancong asing mulai Jumaat lalu, LADA yakin jumlah pelawat boleh mencecah 2.5 juta dengan pulangan RM3.2 bilion akhir tahun ini.

"Kita optimis mencapai angka itu kerana menjelang Jun ini, beberapa negara di hemisfera utara dan Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan mengalami musim panas," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan pembukaan Pusat Penerangan Pelancongan (PPP) kendalian Tropical Charters Sdn Bhd (Tropical Charters) di Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi di sini.

Yang turut hadir, Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia/Afrika) Tourism Malaysia, P Manoharan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tropical Charters Datuk Alexander Issac.

Mengulas pembukaan PPP terbaharu di kawasan tumpuan pelancong di Pantai Chenang, Nasaruddin berkata, ia menjadi satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha menyemarakkan industri pelancongan di pulau ini yang terjejas teruk akibat pendemik Covid-19.

"Pusat yang dibangunkan menerusi perkongsian pintar antara sektor swasta dan kerajaan ini berpotensi menjadi hab penjualan pakej dan produk pelancongan, sekali gus memudahkan pelancong mendapatkan maklumat.

"Pendekatan ini wajar diketengahkan, pelbagai pihak perlu mencipta idea baharu dan tindakan kreatif demi mengembalikan kecemerlangan sektor pelancongan yang suram kira-kira dua tahun," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... endapatan-rm50-juta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 2.793002 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list