CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 358|Reply: 0

[Kedah] Berjimat kerana harga barang tinggi

[Copy link]
Post time 3-4-2022 10:13 AM | Show all posts |Read mode

Orang awam yang dilihat ke Pasar Harian Selayang bagi membeli keperluan bahan mentah.

ALOR SETAR - Kehadiran Ramadan tahun ini lebih menggembirakan berikutan negara memasuki peralihan endemik.

Bagaimanapun, di sebalik keseronokan itu, ramai yang memilih untuk menyambut Ramadan dengan melakukan persiapan secara sederhana dan ala kadar mengikut kemampuan masing-masing, berikutan kenaikan kos sara hidup khususnya harga barang.

Penjawat awam, Huzaina Hashim, 48, membuat persiapan secara sederhana tanpa berbelanja berlebihan memandangkan harga kebanyakan barangan basah mahupun kering lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

“Persiapan biasa sahaja, memang ada kenaikan harga barang walaupun sedikit tetap akan meningkatkan perbelanjaan kita, jadi saya perlu buat perancangan sebaiknya untuk elak terlebih belanja,” katanya.

Huzaina berharap peniaga di bazar Ramadan turut mengenakan harga yang setimpal dengan barangan yang dijual dan tidak mengambil kesempatan atas kenaikan harga barang mentah.

“Harap pihak berkuasa pantau harga makanan di bazar Ramadan supaya tidak bebankan orang ramai, sudahlah terpaksa berdepan dengan kenaikan harga barang, kalau harga makanan pun naik mendadak, kuasa membeli rakyat akan menurun,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... harga-barang-tinggi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.468623 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list