CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 554|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua 'hamba seks' diselamatkan

[Copy link]
Post time 3-4-2022 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Georgetown: Polis Pulau Pinang berjaya menyelamatkan dua wanita warga asing yang menjadi mangsa eksploitasi seks, selepas menahan dua lelaki dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas dekat sini dua hari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra'ais berkata kedua-dua dua wanita berusia 27 dan 28 tahun itu diselamatkan selepas sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) kontinjen Pulau Pinang menyerbu hotel berkenaan hasil maklumat awam dan risikan.

"Dua lelaki tempatan berusia 29 dan 39 tahun dipercayai menjadi 'penjaga' serta ejen sindiket ditahan untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dua suspek itu direman selama enam hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.

Katanya, siasatan awal mendapati dua wanita itu dipercayai telah dieksploitasi untuk memberikan perkhidmatan seks kepada pelanggan, dan siasatan lanjut masih dijalankan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-seks-diselamatkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.053440 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list