CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 419|Reply: 0

[Perlis] Kerajaan Perlis akan mohon kelonggaran SOP

[Copy link]
Post time 2-4-2022 05:16 PM | Show all posts |Read mode

ASMAIZA (kanan) bersama Ratchakitprakarn (kiri) dan Leesen (tengah, bertopi putih) meninjau operasi Imigresen di Pos Imigresen Wang Kelian. FOTO Aizat Sharif

Padang Besar: Kerajaan negeri Perlis akan mengusulkan kepada kerajaan Persekutuan supaya mempertimbangkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) saringan Covid-19 kesihatan dan kemasukan pengembara Thailand ke negara ini menerusi Pos Imigresen Wang Kelian, di sini.

Malah, kerajaan Thailand turut akan mempertimbangkan serta memperhalusi SOP pemeriksaan saringan Covid-19 dan kemasukan pengembara dari negara ini.

Exco Pelancongan Negeri Perlis, Asmaiza Ahmad berkata, pertemuannya dengan Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand Phiphat Ratchakitprakarn membincangkan kajian semula SOP bagi kedua-dua negara supaya kerumitan memasuki kedu-dua negara dapat diatasi dengan alternatif sesuai.

Katanya, SOP rumit ini berlaku apabila pengembara Thailand dikehendaki melakukan pemeriksaan saringan Reverse Transcriptase-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) di Thailand dua hari sebelum memasuki Malaysia.

"Apabila mereka tiba di Malaysia pula, mereka sekali lagi perlu menjalani ujian RTK Covid-19 maka SOP yang ditetapkan Malaysia ini dilihat begitu 'rigid' (tegar) oleh kerajaan Thailand.

"Walhal, mereka sudah pun negatif dalam pemeriksaan RT-PCR sebelum itu manakala di pihak kita pula, tempoh mandatori lima hari berada di Thailand itu agak menyusahkan kerana ramai rakyat Malaysia bukanlah pengembara jangka panjang," katanya.

Beliau berkata, dalam masa sama juga pihak Thailand sudah pun melonggarkan SOP pemeriksaan Covid-19 kepada rakyat Malaysia di mana pengembara yang ingin ke Thailand kini hanya perlu melakukan ujian antigen RTK sahaja di Malaysia terlebih dahulu.

"Kelonggaran SOP ini sekurang-kurangnya dapat menaikkan semula pelancongan di Perlis," katanya.

Beliau berkata kepada media selepas mewakili Kerajaan Negeri Perlis mengiringi Ratchakitprakarn yang membuat lawatan dan tinjauan operasi di kedua-dua Pos Imigresen Wang Kelian dan Pos Imigresen Khuan Don, Wang Prachan, Satun hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Imigresen Perlis, Khairul Amin Talib, Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Deputi Superitendan Som Chai a/l Din Lian dan Gabenor Wilayah Satun Ekkarat Leesen.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hon-kelonggaran-sop

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.123786 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list