CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 299|Reply: 0

[Kedah] 20 ditahan berjudi dalam kebun sawit

[Copy link]
Post time 2-4-2022 02:56 PM | Show all posts |Read mode

Johari (kiri) bersama individu yang ditahan dalam serbuan. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Sekumpulan kaki judi sabung ayam yang menjadikan kawasan atas bukit di Kampung Tok Pawang, Bedong sebagai tempat menyabung ayam bertempiaran lari sebaik lokasi itu diserbu polis jam 4.45 petang semalam.

Namun, 20 individu, termasuk seorang wanita warga Indonesia, dapat ditahan anggota D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang diketuai Deputi Superintendan Johari Yahya.

Ketika serbuan, ayam sabung kaki judi terbbait sedang bertarung dalam gelanggang.

Suami isteri warga Indonesia yang juga antara 20 individu ditahan itu mendakwa, mereka hanya berniaga bakso, minuman serta makanan ringan di kawasan berhampiran gelanggang sabung ayam itu.

Mereka memberi alasan terpaksa berniaga untuk mengumpul wang pulang ke Surabaya, Indonesia bagi menjenguk anak sulung.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Superintendan Mohd Naim Asmawi berkata, daripada 20 individu ditahan yang berusia 30-an hingga 40-an, empat adalah warga tempatan.

"Dua daripada warga tempatan itu terbabit dalam pertaruhan judi dadu manakala seorang lagi terbabit dengan judi bola golek," katanya hari ini.

Menurut beliau, aktiviti perjudian di kawasan kebun kelapa sawit itu dijalankan setiap Jumaat dan menjadi tumpuan ramai kaki judi terutamanya sabung ayam.

"Serbuan dijalankan hasil maklumat risikan selain Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Veterinar Kedah.

"Kami turut merampas wang RM9,434 serta peralatan perjudian seperti kanvas, lima bilah taji ayam sabung yang diubahsuai menjadi tajam serta pelbagai barang lain.

"Turut dirampas 26 ayam sabung," katanya.

Mohd Naim berkata, kesemua ayam itu diserah kepada Jabatan Veterinar Kedah untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 32 (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015, Peraturan 11(2), Seksyen 31 Akta Pencegahan dan Penyakit Berjangkit 1988 serta Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.

"Kesemua mereka direman sehingga Isnin ini untuk membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri Kedah Tuan Anuar Sulzi Tuan Abdullah ketika dihubungi berkata, aktiviti pelagaan haiwan seperti itu bertentangan dengan Seksyen 32 Akta Kebajikan Haiwan 2015.

"Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-dalam-kebun-sawit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.249185 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list