CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 1

[Kedah] 12 beranak harap sambut Aidilfitri di rumah baharu

[Copy link]
Post time 2-4-2022 02:55 PM | Show all posts |Read mode

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama dan Sumber Manusia Negeri Kedah, Datuk Najmi Ahmad melawat keluarga Faridah Sulimin, di Kampung Bukit Hijau, Kupang. STR/SAFURI KAMARUDIN.

BALING: Seramai 12 beranak berharap kerja pembinaan rumah mereka di Kamlung Bukit Hijau, Kupang, yang tergendala sebelum ini, dapat disiapkan sebelum sambutan Aidilfitri bulan hadapan.

Faridah Sulimin, 48, berkata ketika ini dia bersama 11 anak berusia antara tujuh hingga 30 tahun terpaksa hidup berhimpit di dalam rumah yang belum disiapkan sepenuhnya sejak tiga tahun lalu.

Katanya, keadaan keluarganya menjadi tidak menentu selepas suaminya, Abdullah Ali Hashim meninggal dunia lima tahun lalu, menyebabkan dia dan anak-anak terpaksa mencari rezeki sendiri.

"Arwah suami memang berusaha membina rumah yang selesa untuk kami dan ia dilakukan secara berperingkat sebelum dia meninggal dunia menyebabkan kerja pembinaan gagal disiapkan sepenuhnya.

"Saya kemudian ada memohon bantuan perumahan dan diluluskan dua tahun lalu, namun kerja pembinaan tidak dapat dilaksanakan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

"Jadi saya harap kerja pembinaan rumah kami ini dapat disambung segera agar anak-anak dapat menyambut Aidilfitri dalam keadaan lebih selesa dan gembira," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Faridah berkata, tugas mencari rezeki untuk keluarganya kini dipikul anaknya yang sudah dewasa, namun mereka juga hanya bekerja biasa selain hanya mengambil upah kerja kampung.

Katanya, dia juga perlu menanggung lima anaknya yang masih bersekolah iaitu Siti Ratna, 17, yang belajar di Sekokah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai; Mohd Sofian, 15, belajar di Tahfiz Solatiah Telok Durian, manakala Norhafizah, 12, Mohammad Adam, 9, dan Nor Jamilah, 7, belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Syed Sheh, Kupang.

"Keadaan menjadi agak sukar kerana Muhammad Adam mengalami masalah jantung dan sakit usus menyebabkan dia perlu memakai lampin pakai buang setiap hari.

"Dia juga perlu memakai lampin pakai buang ke sekolah setiap hari menyebabkan saya perlu menanggung kos membeli lampin berkenaan," katanya.

Sementara itu, nasib menimpa keluarga berkenaan mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama dan Sumber Manusia negeri Kedah, Datuk Najmi Ahmad yang mengunjungi keluarga berkenaan hari ini.

Katanya, kerja menyiapkan pembinaan rumah berkenaan akan disambung segera dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh sebulan.

"Saya tengok rumah keluarga itu telah dibina asasnya seperti dinding dan bumbung, cuma ada yang belum siap. Jadi kita akan bantu siapkan mana-mana yang terbengkalai termasuk bilik tidur, ruang tamu dan bilik air.

"Insya-Allah kerja pembinaan akan dilakukan segera dan diharap mereka dapat menyambut Aidilfitri di rumah yang lebih selesa tahun ini," katanya.

Najmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang berkata, pelbagai pihak turut tampil meringankan beban lima anak Faridah yang masih bersekolah melalui pelbagai bantuan.

"Lima pelajar ini ada menerima bantuan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi meringankan beban keluarga.

"Anak yang masih bersekolah rendah juga mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... tri-di-rumah-baharu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2022 03:34 PM | Show all posts
alhamdulillah. semoga dimurahkan rezeki lg lps ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.054757 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list