CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 1

[Pulau Pinang] Kilang proses soya depan tandas, tikus berkeliaran

[Copy link]
Post time 2-4-2022 01:49 PM | Show all posts |Read mode

TIKUS ditemui Jabatan Kesihatan melakukan pemeriksaan kilang di Batu Lanchang. FOTO Danial Saad

Georgetown: Memproses air soya di hadapan tandas dan persekitaran berbau hancing, begitu keadaan menjijikkan kilang di Jalan Batu Lanchang, di sini.

Malah, terdapat kehadiran tikus dan lipas berkeliaran di sekitar kilang itu ketika pemeriksaan menerusi Op Tegar olehsepasukan pegawai dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), hari ini.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan JKNPP, Inspektor Kesihatan Mohd Wazir Khalid berkata, pemeriksaan mendapati perkakasan yang kotor, tidak digunakan serta tidak disimpan dipercayai menyebabkan kehadiran tikus dan lipas.

Didapati lantai kilang memproses air soya berkenaan juga berlumut selain persekitarannya meloyakan.

"Kilang memproses soya itu pernah diperiksa pada 2019 dan dikenakan tindakan namun hari ini premis terbabit didapati masih dalam keadaan tidak memuaskan serta gagal mematuhi Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM).

"Kehadiran lipas dan tikus di premis ini menunjukkan persekitaran tidak bersih dan kita bimbang makanan yang diproses akan tercemar sekaligus menjejaskan kesihatan pengguna," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu pemeriksaan ke atas kilang memproses kuetiau di Jelutong mendapati lantai premis berkenaan dalam keadaan berminyak selain kebersihan persekitaran yang tidak memuaskan.

Terdapat minyak tepu yang tidak dibersihkan pada mesin memproses kuetiau selain penemuan najis tikus di beberapa bahagian premis.

Mohd Wazir berkata, premis terbabit mempunyai sijil pengesahan logo makanan selamat tanggungan industri (MeSTI) namun didapati sudah tamat tempoh dua tahun lalu.

Kedua-dua kilang yang sudah beroperasi selama kira-kira 10 tahun itu dikenakan tindakan penutupan premis sehingga 16 April mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

"Pemilik selalu memberi alasan mendakwa sukar menjaga kebersihan berikutan kekurangan pekerja dan sebagainya namun kita tidak akan berkompromi dengan perkara ini kerana ia membabitkan kesihatan orang awam.

"Kilang itu masing-masing menerima sebanyak tiga notis dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM12,000," katanya lagi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-tikus-berkeliaran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2022 03:32 PM | Show all posts
adoiii...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.291671 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list