CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 371|Reply: 0

[Kedah] Edar 28,000 kotak kurma, berbuka puasa percuma di Masjid Zahir

[Copy link]
Post time 2-4-2022 11:27 AM | Show all posts |Read mode

Mohd Yusof (kanan) menyerahkan kotak kurma kepada wakil masjid dalam parlimen Alor Setar untuk diedarkan kepada kariah masjid.

ALOR SETAR - Sebanyak 28,000 kotak buah kurma diagihkan kepada 37 buah masjid dalam Parlimen Alor Setar sebagai persediaan umat Islam menyambut Ramadan yang bakal tiba.

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail berkata, acara tradisi itu diteruskan bagi memeriahkan kembali sambutan Ramadan selepas dua tahun negara berdepan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP).

Menurutnya, kurma terbabit akan diagihkan kepada kariah masjid masing-masing selepas solat Jumaat agar setiap keluarga dapat menikmati juadah berbuka dengan lebih sempurna.

“Program tahunan UMNO Bahagian Alor Setar bersama Yayasan Usima ini merupakan tradisi sejak 10 tahun lepas. Kita edar pada Jumaat kerana lebih 90 peratus ahli keluarga dalam kariah akan tunaikan solat di masjid dan kita akan pastikan mereka pulang dengan sekotak kurma sebagai persediaan sambut Ramadan,” katanya selepas sesi mengagihkan kotak kurma kepada wakil masjid di pejabat Usima Group di sini pada Jumaat.

Mohd Yusof berkata, pihaknya turut menyediakan juadah berbuka puasa selama sebulan di Masjid Zahir bagi memeriahkan suasana Ramadan yang agak hambar dua tahun lalu akibat pandemik Covid-19.

“Orang ramai boleh singgah di Masjid Zahir bermula hari pertama puasa hingga hari ke-29, untuk menikmati jamuan terbuka yang disediakan untuk anggaran antara 100 hingga 200 orang pada awal bulan, dan ditambah kepada 400 hingga 500 orang pada penghujung Ramadan,” katanya.

Menurutnya, program mengedar bubur kanji turut kembali memeriahkan Ramadan yang merupakan acara tradisi UMNO Bahagian Alor Setar sejak sekian lama.

“Orang ramai boleh dapatkan bubur kanji istimewa ini secara percuma di laluan Jalan Sultanah Sambungan ke Suka Menanti bermula Isnin hingga 28 April. Kita agihkan 2,000 bungkus sehari bermula jam 4 petang dan kebiasaan akan habis dalam tempoh kurang sejam,” katanya yang menyediakan lima kawah bubur kanji untuk orang ramai.

Mohd Yusof berharap kesemua program mengimarahkan Ramadan ini dapat menceriakan masyarakat setempat yang kini dibebani pelbagai kesulitan termasuk kos perbelanjaan yang semakin meningkat.

“Saya harap program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini dengan kerjasama UMNO Bahagian Alor Setar dapat membantu masyarakat khususnya yang hilang punca pendapatan atau pekerjaan akibat Covid-19, ini inisiatif kami untuk sama-sama bantu mereka yang terkesan,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... uma-di-Masjid-Zahir
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.068152 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list