CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 378|Reply: 0

[Perlis] 12 warga Thailand akhirnya berjaya masuk ke Malaysia

[Copy link]
Post time 2-4-2022 10:57 AM | Show all posts |Read mode

SUPEE Ya-Koh (kiri) dan isterinya lega apabila berjaya memasuki Malaysia di Pos Imigresen Wang Kelian, Padang Besar selepas berjaya melengkapkan dan mematuhi SOP kesihatan dan kemasukan ke Malaysia. FOTO Aizat Sharif

Padang Besar: Selepas hampir enam jam pintu sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian dibuka sejak 8 pagi hari ini, akhirnya seramai 12 pengembara warga Thailand berjaya memasuki Malaysia selepas melengkapkan dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh negara ini.

Tinjauan mendapati pengembara itu tiba pada 1.35 tengah hari dengan menaiki van dari Pattani dan selepas segala SOP yang ditetapkan, mereka akhirnya berjaya memasuki Malaysia kira-kira 20 minit kemudian.

Pekerja kedai makan, Supee Ya-Koh, 32, dari Pattani, Thailand melahirkan kelegaan apabila dapat pulang semula ke Malaysia untuk bekerja semula di sebuah kedai makan di Tanjung Api, Kuantan di Pahang.

"Saya sudah memperbaharui permit kerja saya dan peluang untuk kembali bekerja di Malaysia amatlah dinantikan meskipun terpaksa menempuh perjalanan yang panjang dari Pattani ke Wang Kelian.

"Disebabkan saya sudah pernah bekerja di sini (Malaysia) sebelum ini jadi tiada masalah untuk saya memahami SOP yang ditetapkan kerajaan dan segala pematuhan ini sudah saya maklumkan kepada isteri dan rakan yang bersama saya untuk ke sini (Wang Kelian)," katanya ketika ditemui di Pos Imigresen Wang Kelian di sini, hari ini.

Dia berkata, dia bersama isteri dan rakannya memulakan perjalanan dari Pattani sebelum singgah di Hat Yai sekitar tiga hingga empat jam kemudian untuk melakukan saringan pemeriksaan kesihatan Covid-19 (PCR) atau 'swab test'.

"Lazimnya saya memasuki Malaysia untuk ke Kuantan di Rantau Panjang, Kelantan namun atas ketetapan kerajaan Malaysia, kita terpaksa masuk mengikut Wang Kelian.

"Apapun saya tetap bersyukur kerana segalanya sudah selesai dan saya tidak sabar kembali semula bekerja di Malaysia selepas dua tahun terkandas di Thailand," katanya.

Namun lain pula halnya dengan seorang pemilik restoran Khairul Anwar Aman, 36, dari Kuala Terengganu apabila hasratnya untuk melihat anak sulungnya, Nik Fandy, enam tahun kembali ke pangkuannya dan isterinya, Nik Robiah Deramen, 26, yang juga warga Thailand semula tidak kesampaian apabila anaknya itu yang tiba bersama keluarga mentuanya yang datang dari Betong, Thailand tidak dibenarkan untuk memasuki Malaysia apabila mereka gagal melakukan ujian saringan kesihatan Covid-19 Reverse Transcriptase-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) terlebih dahulu di Thailand.

"Saya diberitahu mereka tidak dibenarkan memasuki Malaysia disebabkan belum melakukan ujian RT-PCR walaupun sudah melakukan ujian ATK atau RTK Covid-19 di Thailand termasuk mengemukakan segala dokumen perjalanan.

"Kami berdua tidak sangka apabila hasrat kami untuk melihat semula anak kami tinggal bersama kami tidak kesampaian namun kami tetap berharap prosedur dapat dilaksanakan oleh mereka dengan segera," katanya.

Keluarga mentua Khairul Anwar bagaimanapun dibenarkan untuk melangkah masuk dari Pos Imigresen Khuang Don di Wang Prachan, Satun untuk bertemu seketika dengan Khairul Anwar dan isterinya yang sudah menunggu di Pos Imigresen Wang Kelian sejak awal pagi.

Sejak pembukaan sempadan Malaysia bermula hari ini, berlaku pelbagai kekeliruan terhadap SOP berkenaan pemeriksaan saringan kesihatan pencegahan Covid-19 dan kemasukan ke Malaysia sehingga menyebabkan ramai pengembara Thailand gagal memasuki negara ini terutama di Pos Imigresen Wang Kelian.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-masuk-ke-malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.059184 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list