CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 559|Reply: 1

[Kedah] Jemaah teruja kembali rapatkan saf

[Copy link]
Post time 2-4-2022 10:56 AM | Show all posts |Read mode

Antara jemaah yang kembali duduk secara rapat sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid An Naim di Kampung Namek, di sini, hari ini. FOTO Noorazura Abdul Rahman

Sik: Solat jemaah tanpa penjarakan fizikal di semua masjid serta surau, selaras fasa peralihan ke endemik yang bermula hari ini disambut dengan perasaan gembira oleh jemaah masjid.

Tinjauan di Masjid An Naim di Kampung Namek di sini, mendapati jemaah datang awal ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Mereka masih mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan mengimbas MySejahtera dan menulis nama di buku rekod yang disediakan selain memakai pelitup muka.

Muhammad Alif Aiman, 14, berkata, dia ke masjid pada 12.30 tengah hari bersama lima lagi rakannya selepas tidak sabar untuk kembali solat secara 'normal' hari ini.

"Sudah lama solat dengan penjarakan fizikal, hari ini kami semua berpakat untuk datang awal kerana bersemangat untuk rapatkan saf.

"Hari ini juga saya dapati ramai jemaah yang datang termasuk kanak-kanak, tambahan pula kita akan menyambut Ramadan dan berasa teruja ke masjid," katanya.

Seorang lagi jemaah, Azhari Kifli, 36, berkata, dia sangat gembira apabila kerajaan kembali memberi kebenaran untuk solat tanpa penjarakan fizikal bermula hari ini.

"Perasaan itu tidak dapat saya gambarkan, mulai hari ini kita seperti sudah kembali normal, jemaah pun sudah kembali ramai berbanding dalam fasa pandemik sebelum ini," katanya dari Kampung Tanjung Belit, di sini.

Bagi jemaah cilik, Adib Shauqi Saiful Asraf, 12, dia melakukan persiapan awal kerana dapat kembali menunaikan solat jemaah di masjid bersama datuknya.

Katanya, dia akan berusaha untuk solat berjemaah di masjid dengan lebih kerap selepas ini berikutan kelonggaran yang diberikan dalam fasa endamik.

"Saya dari usia sembilan tahun sudah datang solat berjemaah di masjid, namun dalam fasa pandemik Covid-19 ada kalanya kanak-kanak tidak dibenarkan hadir.

"Sebelum ini, saya perlu solat jauh sedikit daripada Tok Wan, tapi hari ini saya rasa teruja hendak datang masjid kerana sudah boleh duduk di sebelah Tok Wan," katanya yang tinggal di Kampung Namek Tua di sini.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... embali-rapatkan-saf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2022 03:17 PM | Show all posts
alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.058921 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list