CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 0

[Perlis] Salur RM5K dana hidroponik

[Copy link]
Post time 2-4-2022 10:47 AM | Show all posts |Read mode

HUSAIN (tiga dari kiri) bersama Fazlin (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan Sistem Tanaman Hidroponik kepada Nurul Balqis Qistina (tiga dari kanan).

Arau: Bagi memastikan golongan kurang bernasib baik serta orang kurang upaya (OKU) terus dibela, Harian Metro terus komited meneruskan baktinya menerusi aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM).

Program pembangunan Sistem Tanaman Hidroponik Dengan kerjasama Agrobank itu menghulurkan sumbangan kepada dua rumah kebajikan milik Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis dan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Anak Istimewa Perlis (PPDK-AnIPs), Pauh di Arau.

Setiap rumah kebajikan berkenaan diberikan peruntukan sehingga RM5,000 bergantung kepada saiz dan ruang untuk aktiviti tanaman hidroponik disediakan pengendali tanaman hidroponik, Abi Agro.

Pengarang Kumpulan Harian Metro merangkap Pengerusi Projek TKHM, Husain Jahit berkata, usaha sama dengan pihak Agrobank satu kerjasama strategik dan unik yang membuka jalan kepada rumah kebajikan termasuk rumah anak yatim dan pusat tahfiz untuk meningkatkan ketersediaan mereka dalam mendepani apa jua cabaran ekonomi demi kelangsungan hidup seharian.

Melalui kaedah tanaman hidroponik ini, katanya, rumah kebajikan berkenaan mampu memanfaatkan sumber makanan hasil titik peluh mereka sendiri selain memupuk minat anak kurang bernasib baik dalam bidang pertanian, sekali gus berdikari.

"Selain itu, keberhasilan projek ini juga berupaya menjadi pemangkin ekonomi yang memberi pulangan kepada rumah berkenaan.

"Dengan adanya bantuan dan sumbangan seumpama projek tanaman hidroponik ini serta sokongan pihak korporat seperti Agrobank dan agensi kerajaan, mereka akan lebih bersedia menghadapi apa jua kemungkinan dan seterusnya melindungi kelangsungan hidup mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Simbolik Sumbangan Sistem Tanaman Hidroponik kepada dua rumah kebajikan berkenaan, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengurus Agrobank Cawangan Kangar Fazlin Mohd Salleh, Pengarang Eksekutif (Kandungan) Harian Metro, Muhammad Safar Ahmad, Pengarang Berita Harian Metro, Noor Azam Ab Aziz dan pengasas Abi Agro, Mohd Ashraf Shuib.


HUSAIN (kanan) bersama Fazlin (dua dari kiri) mendengar penerangan berkaitan pertanian hidroponik disampaikan Mohd Ashraf (tengah) di pekarangan asrama Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis, Kangar. FOTO AIZAT SHARIF

Husain berkata, inisiatif berkenaan sekurang-kurangnya membantu setiap rumah kebajikan terpilih menjana pendapatan mereka sendiri melalui aktiviti pertanian hidroponik yang dilaksanakan oleh kakitangan, penghuni dan pelatih kedua-dua rumah kebajikan ini.

Sementara itu, Fazlin yang mewakili pihak Agrobank berkata, kerjasama antara Harian Metro dengan Agrobank sangat baik terutama membuka peluang kepada pihak di kedua-dua rumah kebajikan berkenaan melakukan sesuatu dalam menjana pendapatan rumah mereka.

"Seperti yang kita lihat, program yang kita jalankan ini sangat bagus kepada semua pihak dan daripada pihak kami sendiri, kita membantu rumah kebajikan ini menerusi bantuan kewangan menerusi pelaksanaan aktiviti pertanian hidroponik ini.

"Melalui aktiviti ini, kakitangan, penghuni dan pelatih kedua-dua rumah kebajikan ini dapat menjana hasil menerusi sayur-sayuran ditanam serta kita (Agrobank) sedang membantu untuk membuka akaun Agrobank terhadap ahli di kedua-dua rumah kebajikan berkenaan, mereka tidak perlu pergi ke bank bahkan kita datang bertemu mereka untuk membuka akaun untuk mereka," katanya.

Bagi Penyelia Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis, Kangar yang mewakili pengurus rumah kebajikan itu, Nurul Balqis Qistina Abdullah menganggap bahawa inisiatif itu akan dapat menjana pendapatan rumah kebajikan berkenaan.

"Kita mempunyai 38 penghuni dari usia dua hingga 42 tahun dan selain daripada menjana pendapatan, inisiatif ini sekurang-kurangnya dapat memberikan peluang kepada penghuni di sini makan sendiri sayur-sayuran ditanam serta dijaga oleh mereka.

"Jadi senanglah sikit, tidak perlulah bersusah payah untuk membeli sayur-sayuran di luar kerana penghuni di sini yang akan mengendalikannya sendiri dan langkah ini juga menjimatkan kos," katanya.

Bagi Naib Pengerusi PPDK-AnIPs, Norina Idris pihaknya menyambut baik inisiatif itu kerana dapat memberi latihan kepada pelatih orang kurang upaya (OKU) di pusatnya bergiat aktif dalam bidang pertanian.

"Kami bersyukur dengan kolaborasi antara Harian Metro-Agrobank ini yang prihatin dengan keperluan kami dapat membantu organisasi seperti kami dan tanpa inisiatif ini, kami tidak mampu untuk bergerak dengan lebih jauh meneroka aktiviti pertanian seperti ini.

"Malah, aktiviti pertanian hidroponik ini juga mudah untuk dijaga dan ia sekurang-kurangnya dapat memberi latihan kepada pelatih kami yang terdiri daripada OKU pembelajaran untuk belajar mengendalikan tanaman pertanian yang dikendalikan mereka selepas ini," katanya.

Selain dua rumah kebajikan di Perlis, sumbangan yang sama turut dihulurkan di Rumah Amal Kulim, Kedah bagi menjayakan projek berkenaan.


PENYAMPAIAN sumbangan Sistem Tanaman Hidroponik kepada Norina (tiga dari kiri) di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Anak Istimewa Perlis.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... m5k-dana-hidroponik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.341014 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list