CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2708|Reply: 10

Edisi Pasca Kematian : Turut Berduka, Alif Satar Dedah Pesanan Arwah Rudy Imran – “Contohi Siti Nurhaliza Dalam..”

  [Copy link]
Post time 1-4-2022 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Turut Berduka, Alif Satar Dedah Pesanan Arwah Rudy Imran – “Contohi Siti Nurhaliza Dalam..”
Sumber : xtra.com


Penyanyi dan pengacara terkenal, Alif Satar menyifatkan bekas wartawan hiburan dan penulis lirik, Allahyarham Rudy Imran Shamsudin sebagai seorang rakan media yang sangat penyayang dan banyak memberi tunjuk ajar.

Artis serba boleh itu turut berkongsi pesanan dan nasihat diterimanya daripada Rudy semenjak mula bertapak dalam industri seni dan Alif mengakui ia masih mekar di ingatan.

“Saya sedih… Dalam perjalanan ke sidang media ini, saya sebak ketika menulis kapsyen di Instagram Story (IGs) mengenai pemergian Abang Rudy.

“Mungkin momen saya dan Abang Rudy tidak banyak, tetapi kuat. Saya masih ingat lagi, pada 2006 ketika saya sertai One In A Million, ketika itu, saya berusia 16 tahun.

“Saya mungkin bukan peserta paling berbakat, tetapi saya ingat, arwah nasihatkan saya menyusun jawapan sebaik-baiknya sebelum disoal media. Dia memberikan idola saya,
Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai contoh.

“Arwah cakap apabila Siti jawab soalan media, dia akan bayangkan bagaimana laporan bakal dibuat. Nasihat itu yang saya ingat sampai sekarang,” katanya.

Alif turut memberitahu pesanan Rudy sememangnya menjadi azimat untuk pelantun lagu Lelaki Seperti Aku itu terus mengorak langkah dalam kariernya.

“Nasihat arwah memberi impak kepada cara pemikiran saya. Setiap kali saya bercakap dengan rakan media, nasihat dan suaranya ada di belakang otak saya.

“Saya akan terus ingat apa yang arwah Abang Rudy cakap,” katanya.

Bukan itu sahaja, Alif turut mendedahkan bahawa Rudy sering memberi sokongan tanpa mengira bidang yang diceburinya sama ada lakonan, nyanyian mahupun mengacara.

“Arwah selalu datang persembahan dan acara saya. Apabila arwah datang, saya berbesar hati kerana dia wartawan yang dihormati.

“Arwah juga menonton drama lakonan saya dan memberi komen yang baik kerana dia pelakon,” katanya.

Alif sempat menitipkan pesanan kepada wartawan hiburan lain untuk menjadikan lagenda Rudy sebagai contoh terbaik serta turut mengakui pemergian Rudy sememangnya satu kehilangan besar kepadai industri seni.

“Saya harap akan ada generasi wartawan hiburan yang merasakan suatu tanggungjawab untuk mempengaruhi artis melalui pena seperti arwah,” katanya pada sidang media Alif Satar & The Locos X Raihan, The Sunnah The Better di Hadramawt Kitchen, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Rudy meninggal dunia pada jam 11.30 pagi semalam di kediaman keluarga di Semenyih, Selangor akibat kanser usus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2022 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebatnya Siti.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp mmg pyh nk tgk ct melantun.. Baru2 branak ni jer she olls sesentap..Dulu, Saerah buat hal pun die jgk kono jwppp... Kalu org lain mgkin dah melibas dah time gamaknyer
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 11:13 PM | Show all posts
berapa ramai yg carik gaduh dgn tokti... noraniza idris, diva AA, even arwah tokpah.... tokti bolayan sajorkkk
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2022 12:44 AM | Show all posts
iye...memang betul pun, sejak ctdk belasan tahun masa mula jadi artis, sheols dah matang dalam menjawab soalan reputz. Ditambah pula sekarang sangdewi banyak membantu susun atur jawapan girtuh. Idok le rasa cringe mendengarnya.

tapi lately rasa alif macam dah kurang auranya dalam mengacara. Seakan skema dan scripted. Faktor dah jadi daddy kah? Diminta alif untuk tidak pakai baju macam masa big stage hari tu sebab nampak macam kertu dari usia padehal heols baru 30/31 sebegitu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2022 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 2-4-2022 12:44 AM
iye...memang betul pun, sejak ctdk belasan tahun masa mula jadi artis, sheols dah matang dalam menja ...

Ade la jugak at times sitilijah jawab soklan mcm bodo2 alang
Contohnye heshe ckp suka nipple retis mana tah dlm program radio ape tah dedolu kala
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2022 09:43 AM | Show all posts
innalillah, moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. yang hidup pasti akan merasai mati
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2022 09:44 AM | Show all posts
innalillah, moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. yang hidup pasti akan merasai mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2022 09:44 AM | Show all posts
innalillah, moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. yang hidup pasti akan merasai mati


Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2022 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tok ti ni bertuah sbb dijaga oleh org2 yg pandai memberi tunjuk ajar.salah sorangnya si sang dewi tu la.sbb tu tok ti ni sayang betul dgn sang dewi wlpn cuma bekas kakak ipar sahaja.i rasa tok ti lebih syg sang dewi dari adik beradik dia sendiri.adik beradik sendiri yg byk mencalarkan imej dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2022 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 2-4-2022 12:44 AM
iye...memang betul pun, sejak ctdk belasan tahun masa mula jadi artis, sheols dah matang dalam menja ...

Aku Alif mengacara ok je..cuma tak berkenan dia suka masuk tangan dalam poket time mengacara....entah lah cam tak sopan n professional lak...aku ckp dgn org pantang letak tangan dalam poket...cam tak hormat org.. ni pendapat aku lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.123034 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list