CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 0

[Pulau Pinang] 172 penumpang Singapura selamat tiba di LTAPP

[Copy link]
Post time 1-4-2022 02:58 PM | Show all posts |Read mode
172 penumpang Singapura selamat tiba di LTAPP
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 01 April 2022



Pesawat Scoot Tigerair yang merupakan pesawat antarabangsa pertama tiba di LTAPP jam 10.30 pagi pada Jumaat.


BAYAN LEPAS - Pesawat antarabangsa pertama dari Singapura tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) jam 10.30 pagi selepas pintu sempadan negara dibuka semula pada Jumaat.


Pesawat Scoot Tigerair bernombor TR498 yang membawa 172 penumpang itu selamat mendarat di hangar sebelum menjalani semburan air (water cannon) sebagai simbolik pesawat pertama yang tiba di negeri ini.


Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Yeoh Soon Hin berkata, pesawat Scoot Tigerair itu merupakan salah satu daripada sembilan penerbangan antarabangsa yang akan tiba di Pulau Pinang, pada Jumaat.


Menurutnya, sembilan penerbangan itu melibatkan lapan daripada Singapura dan satu daripada Ho Chi Minh dengan jumlah keseluruhan penumpang lebih 1,000 orang.


"Penerbangan daripada Singapura melibatkan pesawat Scoot Tigerair, Air Asia dan Malaysia Airline (MAS) manakala satu-satunya penerbangan dari Ho Chi Minh, Vietnam adalah pesawat Air Asia.


"Kita mendapat maklumbalas yang memberangsangkan untuk hari pertama ketibaan penerbangan antarabangsa di LTAPP. Kita menjangkakan lebih ramai pelancong asing dari destinasi berlainan tiba di Pulau Pinang selepas ini.


"Kita menunggu lebih dua tahun untuk pintu sempadan negara dibuka semula selepas sektor pelancongan dan ekonomi negara termasuk Pulau Pinang terjejas teruk akibat Covid-19. Hari ini merupakan hari bersejarah (milestone) untuk Malaysia dan Pulau Pinang. Diharapkan selepas ini, kita dapat merancakkan semula ekonomi di Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar di LTAPP pada Jumaat.



Seramai 172 penumpang selamat tiba dari Singapura pada Jumaat.


Sebelum itu, Soon Hin bersama beberapa wakil Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Tourism Malaysia menyambut ketibaan penumpang dari pesawat antarabangsa pertama daripada Singapura di balai ketibaan antarabangsa di sini.


Sementara itu Soon Hin berkata, pihaknya turut menjalin kerjasama yang baik dengan MAHB; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Tourism Malaysia dalam menawarkan pelbagai promosi untuk menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Pinang.


Katanya lagi, penerbangan daripada Thailand juga dijangka akan tiba pada bulan ini dan disusuli dengan negara lain.


Dalam perkembangan lain, Soon Hin berkata, kemudahan seperti kedai-kedai dan tempat letak kereta bertingkat di LTAPP dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan bulan ini.


"Ini merupakan persediaan pihak lapangan terbang untuk menerima kemasukan pelancong asing selepas pembukaan sempadan negara.


"Operasi tempat letak kenderaan setinggi tujuh tingkat yang menyediakan kemudahan sebanyak 1,800 lot parkir kini sedang menunggu kelulusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang dijangka antara bulan Mei dan Jun ini," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... lamat-tiba-di-LTAPP
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.052771 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list