CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 314|Reply: 0

[Pulau Pinang] SPPP, PPSB sokong penuh Projek Link Ketiga

[Copy link]
Post time 31-3-2022 11:31 PM | Show all posts |Read mode
SPPP, PPSB sokong penuh Projek Link Ketiga
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 31 Mac 2022



Tan Teik Chneg


GEORGETOWN - Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) menyambut baik hasrat kerajaan Pulau Pinang dan memberi sokongan penuh untuk melaksanakan Projek Link Ketiga.


Pengerusi SPPP, Datuk Tan Teik Cheng berkata, SPPP telah memberikan ulasan kepada kerajaan Pulau Pinang pada 28 Mac lalu dengan menyatakan pendirian SPPP terhadap Projek Link Ketiga tidak berubah walaupun berlakunya perubahan kerajaan.


"SPPP tetap menyambut baik Projek Link Ketiga ini namun pertumbuhan serta kelangsungan Pelabuhan Pulau Pinang perlu diberi penekanan demi kepentingan Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Pada 11 Mac lalu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan Pulau Pinang sedang menunggu ulasan bertulis daripada dua agensi penting berhubung kajian kebolehlaksanaan bagi projek terowong dasar laut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perlaksanaan projek berkenaan.


Projek Link Ketiga merupakan projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bertujuan menyediakan rangkaian sistem trafik lebih efektif di bahagian pulau.


Jajaran projek tersebut terletak di utara Pangkalan Kontena Butterworth Utara iaitu satu-satunya instalasi pelabuhan yang mengendalikan kontena di Pulau Pinang.


Tambah Teik Cheng, walaupun pihaknya menyokong projek berkenaan, ia harus memberi penekanan terhadap kelangsungan serta potensi untuk Pelabuhan Pulau Pinang terus berkembang pada masa hadapan.


Menurutnya, PPSB selaku operator pelabuhan telah terlibat dalam memberi ulasan terhadap Projek Link Ketiga sejak 2019, yang mana cadangan yang dipertimbangkan pada ketika itu adalah pembinaan terowong.


"Sementara itu, SPPP pula mula terlibat pada tahun 2020 melalui mesyuarat yang pertama pada 31 Januari 2020 dan mesyuarat seterusnya bagi membincangkan isu-isu teknikal pada 13 Februari 2020. SPPP telah mengemukakan ulasan berhubung Projek Link Ketiga kepada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) melalui emel pada 20 Mei 2020.


"SPPP sehingga kini masih menekankan bahawa kelebaran kawasan navigasi kapal di kawasan perairan di sebelah utara pelabuhan selebar 2.2 kilometer (km) perlu dikekalkan bagi memastikan ruang navigasi yang selamat untuk pergerakan kapal.


"Dengan terdapatnya trend ke arah pembinaan kapal yang lebih besar dan saiz kapal yang optimum antara 13,000 TEUs hingga 15,000 TEUs untuk memasuki atau singgah di pelabuhan, kapal-kapal ini dijangkakan mempunyai draf maksimum sebanyak 16 meter. Kedalaman minimum yang selamat untuk 'safe passage' bagi kapal-kapal bersaiz ini adalah 23 meter dari aras 'seabed'," katanya.


Beliau berkata, selain kedalaman serta kelebaran yang diperlukan untuk operasi pelabuhan yang selamat, SPPP turut menyarankan agar pengalihan posisi pulau buatan jajaran Projek Link Ketiga di bahagian Bagan Ajam dapat dipertimbangkan.


"Pulau buatan itu disarankan dipindahkan lebih rapat ke pesisir pantai bagi mengelakkan gangguan operasi harian Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) dan halangan kepada pemanjangan dermaga tambahan NBCT pada masa hadapan.


"Lembaga SPPP dalam mesyuarat pada 20 Februari 2020 telah meluluskan pelan pembangunan di utara NBCT yang merangkumi kerja-kerja penambakan keluasan 217 hektar untuk tujuan pembangunan pelabuhan dan berkaitan pelabuhan termasuk pemanjangan dermaga tambahan sebanyak 1.5 km," katanya.


Teik Cheng berkata, SPPP dan PPSB juga telah menjalankan kajian perancangan pembesaran NBCT ke arah selatan pelabuhan dan ia akan memberi implikasi terhadap jajaran 'twin-pipeline' Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).


"Di sebelah selatan NBCT juga terdapat operasi kargo berbahaya di Terminal Shell dan Petron. Kedalaman di kawasan selatan berhampiran Dermaga Butterworth, Terminal Shell dan Petron tidak mencukupi untuk menampung 8,000 TEUs kapal kontena.


"Selain itu, Dermaga Butterworth juga mempunyai kadar kelodak yang lebih tinggi berbanding NBCT," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -Projek-Link-Ketiga
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.064075 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list