CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1599|Reply: 0

Semakin ramai bapa murung, cepat marah

[Copy link]
Post time 31-3-2022 05:51 PM | Show all posts |Read mode
Semakin ramai bapa murung, cepat marah


Lelaki menjadi ketua keluarga turut berdepan kesukaran ketika pandemik.- Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), mendapati kira-kira 63 peratus golongan lelaki atau ketua keluarga mengalami kemurungan.

Hasil kajian dilakukan pada Mac lalu itu juga mendedahkan 20.4 peratus, lelaki sukar untuk mengawal kemarahan.

Situasi itu menunjukkan, hampir dua tahun pandemik COVID-19, ia mempengaruhi ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang untuk berubah daripada kebiasaan kepada luar biasa.

Kehidupan normal dahulu, berubah dalam sekelip mata, ada hilang pekerjaan, perniagaan ditutup dan paling terkesan kematian insan tersayang.

Apa saja ikhtiar dilakukan untuk memastikan anak dan isteri mampu melalui fasa sukar ini walaupun menghadapi pelbagai tekanan dan cabaran.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusof, berkata tidak dinafikan lelaki yang menjadi ketua keluarga turut berdepan kesukaran dalam tempoh ini.

Katanya, setiap cabaran itu dirasai dari pelbagai sudut, namun kesabaran dan berfikiran positif faktor penting bagi memastikan ia dapat diatasi.



Lelaki turut menghadapi kemurungan dan pelbagai tekanan lain.- Foto hiasan

"Berbalik kepada ajaran agama kerana setiap ujian pastinya ada hikmah dan jangan pula patuh peraturan prosedur operasi standard (SOP) penting supaya keadaan dapat kembali seperti biasa.

"Lelaki ketua keluarga, tetapi dalam saat yang kritikal ini, peranan isteri dan anak perlu saling bekerjasama, memberi sokongan untuk elak tekanan.

"Fahami keadaan semasa dan jangan terlalu menekan, wujudkan suasana sejahtera dan laksanakan perkara jarang dapat dilakukan antaranya solat berjemaah, makan bersama-sama dan pastikan masa dapat diberikan kepada anak daripada terabai," katanya dalam Bicara Eksekutif sempena sambutan Hari Bapa Peringkat Kebangsaan 2021, baru-baru ini. ini.

Bicara Eksekutif dianjurkan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu bertemakan 'Bapa Pemimpin Keluarga Sejahtera'.

Turut hadir sebagai panel jemputan ialah Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Siti Zailah berkata, pengurusan kehidupan itu penting antaranya dengan cara penyediaan jadual supaya setiap ahli keluarga tahu apa yang perlu mereka laksanakan.

"Itu cara diplomasi terbaik dalam keadaan tekanan yang wujud dan pada masa sama melambangkan isteri yang bijak kerana mampu melahirkan komunikasi sekali gus menjadi kekuatan kepada suami.

"Anak-anak juga akan menjadi lebih berdisiplin yang akhirnya melahirkan sebuah keluarga harmoni, berakhlak dan tahu untuk menghargai jasa ayah.

"Jadi apabila wujud tekanan, tetapi disertai dengan tindakan seperti dinyatakan, cabaran pasti dapat dilalui dengan baik," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, tidak mudah bapa menjadi pemimpin kerana di dalam konteks Islam, bapa perlu memainkan peranan sebagai model kepada anak sehingga mereka meningkat dewasa.


Siti Zailah bersama Tuan Ibrahim (tengah) ketika Bicara Eksekutif bertemakan Bapa Pemimpin Keluarga Sejahtera, sempena Hari Bapa baru-baru ini. Foto Ihsan KPWKM

Katanya, usia antara 14 hingga 21 tahun adalah tempoh kritikal untuk mendidik, melahirkan anak yang bukan takut, tetapi tahu menghormati ibu dan ayah.

"Justeru, peranan bapa bukan saja memberi makan, minum dan tempat tinggal kepada keluarga, tetapi tanggungjawabnya kepada anak bermula seawal kelahiran dengan memberi nama baik, mengajar adab ketika anak mula berakal dan mengahwinkannya apabila tiba masanya.

"Suasana Islamik ini perlu ada supaya apabila keadaan ini berlaku, ia dapat dilalui dengan baik," katanya.

Situasi pandemik adalah ujian Allah dan kekuatan setiap ketua keluarga itu perlu ada daripada jiwanya.

"Kita perlu fikir tidak semua yang kita lalui adalah baik, ada masanya ujian tiba dan ketika itu kita dalam keadaan bersedia.

"Jangan apabila tiba suatu ujian atau musibah, waktu itu baru kita mula nak bersedia, itu sudah terlambat.

"Maaflah, ada yang sampai tiada persediaan dalam bentuk simpanan kewangan, jadi apabila tidak bersedia dan tidak pernah terfikir kehilangan pekerjaan, itu yang terjadinya tekanan," katanya.

Cabaran sebagai seorang bapa memang besar, di saat kepenatan selepas seharian bekerja, namun perlu luangkan masa untuk anak.

"Jangan terlalu mudah marah kerana ia memberi kesan buruk, anak-anak hilang hormat dan urus emosi dengan baik kerana ia boleh mempengaruhi faktor ekonomi serta keselesaan hidup.

"Ketika pandemik ini, tidak semua masalah dapat diselesaikan, jadi saling bantu-membantu, mendengar pandangan anak dan isteri dan mendidik anak untuk sentiasa menghargai usaha dilakukan bapa," katanya.

Laksanakan perkara yang boleh memperbaiki akhlak, mudah dan senang dilakukan antaranya solat berjemaah, jangan tinggal membaca al-Quran, bersedekah dan menambah ilmu.

"Akhirnya, bapa akan menjadi pelindung kepada keluarganya," katanya.


Sumber:https://www.bharian.com.my/wanit ... -murung-cepat-marah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.476301 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list