CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 338|Reply: 0

[Kedah] Guna bahasa elok ketika mengajar: Mufti Kedah

[Copy link]
Post time 31-3-2022 04:51 PM | Show all posts |Read mode

Syeikh Fadzil

ALOR SETAR - Penggunaan bahasa yang sesuai perlu digunakan oleh setiap tenaga pengajar bagi memastikan penyampaian ilmu berkesan kerana ia merupakan antara adab di dalam Islam.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, penggunaan perkataan tidak elok akan memberikan kesan dan imej buruk kepada pengajar manakala tindakan pelajar mendedahkan keaiban guru juga satu tindakan yang tidak baik.

Menurutnya, pelajar yang tidak berpuas hati dengan guru atau sebaliknya perlu berbincang selepas majlis ilmu bagi mencari penyelesaian terbaik bukannya bertindak menularkan sesuatu kejadian.

"Seorang guru memang tidak boleh menggunakan bahasa tidak elok. Kita mempunyai adab dalam Islam, ia perlu dijaga dalam majlis ilmu.

"Dalam penyampaian ilmu yang lebih berkesan, perlu dilihat seluruh aspek iaitu dari segi cara penyampaian iaitu menggunakan bahasa yang sesuai serta penampilan tenaga pengajar itu sendiri," katanya dalam sidang akhbar kadar zakat Kedah, dekat sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas satu video yang tular berhubung seorang pensyarah kontrak sebuah universiti memperlekehkan seorang pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer riba.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku semasa sesi kelas dalam talian dan video itu tular sejak Rabu.

Syeikh Fadzil berkata, guru dan pelajar masing-masing mempunyai adab yang perlu dijaga dan sikap yang tidak elok serta berlebihan turut dilarang dalam adab menuntut ilmu.

"Dalam Islam, sebagai pelajar juga ada adab apabila hendak bertanya soalan, tidak boleh sewenang-wenangnya untuk kemukakan soalan kepada guru.

"Perlu mendapat keizinan terlebih dahulu dan bertanya pada masa sesuai serta soalan tidak bercanggah dengan perkara yang dinyatakan oleh guru," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... engajar-Mufti-Kedah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.064328 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list