CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 333|Reply: 0

[Perlis] Perlis tidak kenakan denda terhadap pasangan nikah di Thailand

[Copy link]
Post time 31-3-2022 04:48 PM | Show all posts |Read mode
KANGAR - Pasangan yang bernikah di Thailand dan ingin mendaftarkan semula perkahwinan mereka di Perlis tidak akan dikenakan sebarang denda, namun mereka perlu mengemukakan dokumen lengkap bagi tujuan tersebut.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana Perli,s Ruzaini Rais berkata, pasangan terlibat perlu mendapatkan sijil pengesahan perkahwinan daripada Konsulat Jeneral Malaysia di Thailand terlebih dahulu bagi memudahkan urusan pendaftaran pernikahan mereka di negeri ini.

Beliau berkata, sekiranya berlaku pernikahan di Thailand, pasangan terlibat pula tidak mendapatkan sijil pengesahan berkenaan, permohonan bagi mendaftarkan pernikahan itu dianggap tidak lengkap dan menyukarkan proses selanjutnya.

"Ramai pasangan yang berkahwin di sana tidak mendapatkan sijil pengesahan ini kerana syarat ditetapkan kerajaan Thailand adalah pihak terlibat perlu bermalam sehari di sana sebelum diberikan dokumen itu.

"Dan bila pasangan itu tidak mendapatkan sijil pengesahan pernikahan, ia menyukarkan mereka untuk mendaftarkan pernikahan di Perlis,” katanya kepada pemberita di pekarangan pintu masuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini pada Khamis.

Terdahulu, sewaktu sesi soal jawab lisan, Mohd Ridzuan Hashim (PAS-Guar Sanji) bertanyakan Rozaimi mengenai langkah diambil kerajaan negeri bagi mempermudahkan proses buat pasangan yang bernikah di Thailand untuk mendaftarkan semula perkahwinan mereka di negeri ini.

Menurut Mohd Ridzuan, terdapat banyak kes pasangan tidak mendaftarkan pernikahan mereka di negara ini sehingga menyebabkan anak-anak turut terkesan antaranya tidak dapat mendaftar untuk persekolahan.

Dalam pada itu, Rozaimi berkata, mahkamah syariah di Perlis juga tidak mewajibkan pihak yang ingin berpoligami untuk memaklumkan perkahwinan mereka kepada isteri pertama, namun maklumat yang dikemukakan itu seharusnya lengkap.


"Jika maklumat tidak lengkap dan meragukan, mahkamah syariah akan memanggil isteri pertama bagi mendapat pengesahan,” katanya. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... n-nikah-di-Thailand
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.189740 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list