CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 404|Reply: 0

[Kedah] KPDNHEP rampas 60,000kg tepung gandum disyaki mahu diseludup ke Thailand

[Copy link]
Post time 31-3-2022 04:42 PM | Show all posts |Read mode

Rae Morn (kanan) dan Muniandy (empat dari kiri) menunjukkan tepung gandum yang dirampas dalam serbuan di sebuah gudang di Bukit Kayu Hitam. - NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI

KUBANG PASU: Sejumlah 60,000 kilogram (kg) tepung gandum dianggarkan bernilai RM132,000, dirampas dalam serbuan ke atas sebuah gudang di Bukit Kayu Hitam yang disyaki menyimpan barangan kawalan itu tanpa lesen.

Seorang lelaki tempatan turut ditahan dalam serbuan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah Cawangan Kubang Pasu kira-kira jam 11 pagi semalam itu.

Pengarah KPDNHEP Kedah, Rae Morn Verak, berkata ia susulan hasil risikan selama tiga hari yang diketuai oleh Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kedah Cawangan Kubang Pasu, K Muniandy.

"Hasil siasatan mendapati gudang itu dipercayai dijadikan tempat transit sebelum tepung gandum berkenaan disyaki diseludup ke Thailand.

"Kilang pengeluar tepung gandum terbabit dipercayai terletak di Ipoh, Perak.

"Dalam serbuan itu, kita turut menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an dan dia dibebaskan selepas keterangan diambil," katanya pada sidang media di stor KPDNHEP di Tunjang, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan, termasuk mendapatkan dokumen berkaitan daripada pemilik gudang itu untuk tindakan seterusnya.

"Setakat ini, bekalan tepung gandum dalam pasaran adalah mencukupi. Namun kita bimbang jika langkah segera tidak diambil, berkemungkinan bekalan tepung gandum yang juga antara barangan kawalan, akan terjejas dalam pasaran

"Permintaan tepung gandum dijangka meningkat dalam fasa peralihan ke endemik di mana banyak perniagaan sudah mula atau kembali beroperasi.

"Kita akan menjalankan pemeriksaan lebih ketat bagi memastikan bekalan seperti tepung, gula dan minyak masak sentiasa ada dalam pasaran," katanya.

Rae Morn turut memaklumkan, harga subsidi bagi satu kilogram tepung gandum ialah RM1.35, manakala harga bukan subsidi pula RM2.20 sekilogram

Justeru, beliau berkata, pihaknya juga akan menyiasat sama ada tepung gandum dirampas itu adalah tepung subsidi ataupun tidak.

"Gudang itu tidak mempunyai sebarang rekod serbuan. Bagaimanapun, kita akan menjalankan siasatan lanjut berkaitan status gudang itu, manakala tepung gandum terbabit dipercayai dikilangkan di Ipoh, Perak," katanya.

Rae Morn berkata, pihaknya antara lain akan memeriksa rekod transaksi perniagaan terbabit sama ada ia untuk kegunaan tempatan atau aktiviti lain.

"Kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Dalam pada itu, Rae Morn memaklumkan setakat ini, pihaknya hanya menerima laporan berkaitan kekurangan bekalan minyak masak di Kedah.

Beliau berkata, seramai 172 penguat kuasa di Kedah akan melakukan pemeriksaan setiap hari, termasuk pegawai pemantau harga, ketika Ramadan ini.

https://www.bharian.com.my/berit ... seludup-ke-thailand

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.067214 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list