CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang bincang penerbangan terus dari Asia Barat

[Copy link]
Post time 31-3-2022 04:40 PM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang sedang berbincang dengan beberapa syarikat penerbangan dari negara Asia Barat untuk memperbanyakkan penerbangan terus ke negeri itu selepas pembukaan sempadan negara bermula esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin, berkata ini kerana pelancong dari negara berkenaan menunjukkan minat yang tinggi untuk datang melancong dan bercuti ke Pulau Pinang.

"Menerusi maklum balas yang kami terima daripada pelancong Timur Tengah (Asia Barat), mereka sangat berminat untuk kembali bercuti di Pulau Pinang dan ini satu berita baik kepada pemain industri di sini.

"Sebenarnya ia adalah hasil dan promosi berterusan yang kami jalankan mengenai pelancongan di Pulau Pinang sepanjang dua tahun lepas dan kita dapat kekalkan minat pelancong untuk ke negeri ini," katanya selepas merasmikan program kesedaran jenayah dan keselamatan untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelancongan di Pulau Pinang, di sini hari ini.

Majlis anjuran Pertubuhan Kesedaran Jenayah & Keselamatan Awam Pulau Pinang (CCPSS) turut dihadiri Pengerusinya Datuk Mohamad Anil Shah Abdullah.

Yeoh berkata kemasukan pelancong asing selepas pembukaan sempadan negara dijangka secara berperingkat kerana bergantung kepada kebenaran serta pembukaan sempadan negara masing-masing.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri sedang berusaha mendapatkan persetujuan daripada beberapa syarikat penerbangan untuk perkhidmatan penerbangan terus bagi merancakkan industri pelancongan di Pulau Pinang.

"Kita sedang mendapatkan penerbangan terus dari Thailand, Vietnam, Indonesia ke Pulau Pinang, berita baik mengenainya akan kami umumkan dalam tempoh terdekat selepas mendapat pengesahan mengenai penerbangan terus antarabangsa berkenaan," katanya. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... rus-dari-asia-barat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.559778 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list