CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 862|Reply: 3

"Diam Lah!" Suami Buat Hal Sempat Bagi Teka-Teki Masa Isteri 'Contraction'

[Copy link]
Post time 31-3-2022 04:22 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: Tiktok Hairihussain




Untuk pembaca wanita di sini, pastinya pengalaman bersalin anda merupakan antara momen yang tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.


Kita pernah mendengar berita di mana ada wanita yang bersalin di dalam kereta, ada yang bersalin awal dari due date dan ada yang pulang ke rumah dengan air mata apabila bayi yang dilahirkan tidak dapat diselamatkan di atas faktor-faktor tertentu.


Apabila kita bertanyakan kepada ibu-ibu tentang soalan berkaitan proses bersalin, semestinya mereka akan bercakap mengenai 'contraction'.


Contraction ataupun kontraksi merupakan satu keupayaan untuk melancarkan proses keluarnya bayi dari rahim. Rata-rata wanita akan mengatakan kontraksi sebelum bersalin itulah kenangan yang tidak dapat dilupakan.





Baru-baru ini, viral satu video yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Hairihussain. Menerusi video itu kelihatan dia sedang menemani isterinya yang sedang mengalami kontraksi sebelum bersalin.


Sumber: Tiktok Hairihussain







Namun, Hairi tidak kelihatan seperti suami lain yang membantu isteri mereka dengan memberikan kata-kata semangat, sebaliknya lelaki ini memberikan teka-teki sebagai tanda untuk menenangkan isterinya menahan sakit kontraksi. Tetapi kerana terlampau sakit, isterinya terus  berkata, "Ishhh, diamlah!"


Video yang dikongsikan oleh Hairi telah mendapat lebih dari 3 juta tontonan di Tiktok. Meninjau ke ruangan komen pula, begitu ramai yang terhibur dengan cara Hairi menenangkan isterinya. Ada juga netizen yang mengatakan anaknya akan mewarisi perangai lawaknya itu.




Sumber: Tiktok Hairihussain






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2022 05:24 PM | Show all posts
alahai cute je...doakan me and husband dapat baby jugak tahun ni ye...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu, ada la jugak usaha nak tenangkan wife dia walaupun cara dia mcm mintak kak
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 08:42 AM | Show all posts
jijilaaa replied at 31-3-2022 05:24 PM
alahai cute je...doakan me and husband dapat baby jugak tahun ni ye...

amin..semoga ada rezeki utk u suami isteri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.090671 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list