CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 318|Reply: 0

[Perlis] RM1.2 juta kerja pengerukan Terminal Feri Kuala Perlis

[Copy link]
Post time 31-3-2022 03:27 PM | Show all posts |Read mode

ADUN Negeri Perlis sedang memberi penjelasan terhadap soalan yang diberikan ketika sesi soal jawab pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-14 di Kompleks DUN Perlis, Kangar. FOTO IHSAN JABATAN PENERANGAN PERLIS

Kangar: Sebanyak RM1.2 juta diperuntukan bagi kerja pengerukan kecemasan di sekitar Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis bermula pada 6 Februari hingga 15 Februari lalu bagi membersihkan mendapan selut di situ.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan dan Prasarana Awam, Pengangkutan, Belia dan Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Perlis, Hamizan Hassan berkata, kerja berkenaan dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik Kementerian Pengangkutan Malaysia iaitu Syarikat See Song and Sons Sdn Bhd.

"Pengerukan dilakukan menggunakan 'grab dredger' dan hasilnya dibuang ke kawasan pembuangan yang diwartakan iaitu sejauh 15 batu nautika dari daratan bagi memastikan mendapan selut ini tidak memberikan kesan yang buruk terhadap alam sekitar.

"Selain itu, pengerukan kecemasan atau darurat ini dilakukan sepanjang Labuhan 2 hingga Labuhan 4 Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis sehingga mencapai kedalaman 0.8 meter bagi membolehkan sebuah feri merapat di Labuhan berkenaan tatkala air pasang berada pada paras 1.5 meter," katanya ketika Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-14 di Kompleks DUN Perlis, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nor Azam Karap (PH-Kuala Perlis) berhubung jumlah nilai kontrak kerja pengerukan kecemasan di muara Sungai Perlis dalam mendalamkan kawasan di sekitar jeti feri penumpang Kuala Perlis

Selain itu juga, Nor Azam mahu mengetahui syarikat kontraktor yang dilantik untuk mendapat kontrak itu serta prosedur dalam membersihkan mendapan selut tersebut dibuat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.141937 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list