CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 897|Reply: 4

Netizen Sakit Hati, Gadis Tertumpah Air Dalam Lif Langsung Tak Bertanggungjawab

[Copy link]
Post time 31-3-2022 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Adab yang baik adalah sesuatu yang amat penting terutamanya dalam kehidupan bersama masyarakat.

Lebih baik jika kita ada perasaan bertimbang rasa dan bertanggungjawab untuk perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian.

kredit foto: TikTok



Baru-baru ini ada video tular di video sosial TikTok yang memaparkan satu rakaman di dalam lif apabila minuman yang dipegang gadis itu tertumpah di dalam lif.



Reaksi daripada gadis itu yang membiarkan minuman tumpah itu di dalam lif seperti itu bukan kesalahannya.



Difahamkan, dalam rakaman CCTV itu seorang gadis yang masuk ke dalam lif tersebut sambil membawa makanan dan minuman di tangannya, tetapi minuman yang dipegang itu tertumpah ke dalam lif. Tetapi gadis itu langsung tidak melakukan apa-apa mahupun mengutip semula cawan itu dan gadis itu keluar lif seperti tiada apa-apa yang berlaku.

kredit foto: TikTok



Menjengah komen di video itu pula, ramai netizen yang kecewa dengan perangai gadis itu dan walaupun tidak mampu untuk membersihkan air tumpah itu tetapi dia sekurang-kurangnya perlu mengambil cawan yang jatuh itu untuk dibuang. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2022 04:13 PM | Show all posts
kalau jenis yg baik, sorang akan tahan pintu tu bagi gadis tu masuk bila tengok gadis tu pegang makanan dan minuman.  nampak pintu lift tu gerak, nak tersepit gadis tu. tertumpah air yg dibawanya.  tp inisiatif dia nak kutip cawan tu la...tak ada...dia biar je.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 04:50 PM | Show all posts
angin la tu..
perut lapar tak sabar nak masuk lif balik rumah..
sekali air tumpah pulak..
lain kali sabar sikit..
tunggu orang keluar lif baru kau masuk..
tekan la button kat luar tu..
takde la pintu tu nak tertutup..
kan dah padan muka tersepit pintu sampai melayang air..
kalau dalam kedai mekdi boleh la dorang ganti

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya yg nak keluar tu tahan dulu lif. Common sense la.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 05:23 PM | Show all posts
kalau jadi kat aku..dalam keadaan tangan penuh dgn pegang makanan tu...aku akan letak dulu makanan and handbeg dalam rumah...astu patah balik utk amik cup and bersihkan sekadar mampu sahaja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.352262 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list