CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1135|Reply: 4

Kelibat Hitam Besar Muncul Depan Mata, Lima Sekawan Ketakutan 'Lari' Keluar Rumah Sewa

[Copy link]
Post time 31-3-2022 10:49 AM | Show all posts |Read mode


Tidak semua orang percaya mengenai kewujudan entiti misteri serta gangguan mistik ini. Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu ketakutan yang dirasakan apabila berada dalam situasi sedemikian.


Menerusi laporan Mstar, seorang wanita yang dikenali sebagai Syafiqah berkongsi pengalamannya berhadapan gangguan seperti itu ketika tinggal di sebuah rumah sewa dua tingkat bersama empat lagi rakannya.


Kata Syafiqah, rumah berkenaan terletak berhampiran dengan universiti. Meskipun tidak sedap hati saat pertama kali melihat gambar rumah yang dikirimkan kepadanya namun dia akur apatah lagi rakan-rakan lain sudah bersetuju dan sewa yang dikenakan juga berpatutan.


"Saya tidak sedap hati dan pelik kerana pemiliknya adalah seorang wanita yang juga pelajar universiti sama seperti kami dan tinggal seorang diri di rumah sebesar itu.


"Tapi perasaan itu sekejap sahaja kerana digantikan dengan keterujaan dapat kembali ke universiti dan dapat tinggal serumah dengan sahabat baik," katanya.



Gambar Hiasan


Bagaimanapun, setibanya mereka di rumah itu, perasaan seram sekali lagi menguasai diri Syafiqah apabila melihat tuan rumah yang menyambut mereka dalam keadaan tidak terurus. Bukan hanya air mukanya sahaja yang pelik, pandangan matanya juga sangat tajam.


Namun, Syafiqah membuat keputusan untuk diam dan merahsiakan kegusaran yang dirasakan sejak melangkah masuk ke rumah itu. Dia tidak ingin merosakkan suasana gembira pada hari pertama mereka berada di rumah sewa terbabit.


Bagaimanapun, ketika sedang sibuk mengemas dan menghias bilik, Syafiqah yang berkongsi bilik utama dengan dua orang sahabatnya tiba-tiba ternampak seseorang berada di luar bilik. Menyangka kelibat berkenaan adalah tuan rumah, wanita itu memanggil namanya namun tidak berbalas.


"Ketika itu jam sudah 1 pagi. Dua kawan sebilik sudah tidur. Dua rakan saya lagi ada di bilik sebelah. Saya pun buat keputusan untuk tidur sebab tiba-tiba saya rasa takut,"


Keadaan itu terus berlarutan setiap hari menyebabkan mereka berlima sentiasa membaca al-Quran dan solat berjemaah bagi mengelakkan gangguan mistik itu.





Gambar Hiasan



Tidak tahan dengan gangguan, mereka membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan ustaz walaupun tidak dipersetujui oleh tuan rumah. Bagaimanapun, keadaan bertambah teruk hinggakan ada rakannya yang dirasuk.


Makhluk terbabit juga semakin berani muncul dengan menyerupai rakannya. Sekiranya mereka mengadu kepada mana-mana ustaz, kelibat itu akan mengamuk dalam pelbagai cara.


"Apa yang pelik, setiap kali ada gangguan di rumah, tuan rumah macam menghilangkan diri atau pun dia tiada di rumah ketika kejadian. Saya mula terfikir perkara itu ada kaitan dengan dia," katanya.








Malahan, tuan rumah juga menuduh mereka membuat cerita kerana sepanjang dia tinggal seorang diri tidak ada gangguan seperti yang dialami oleh Syafiqah dan rakan-rakannya.


Kemuncak pada keadaan itu adalah ketika kelibat berwarna hitam dengan saiz besar dan tinggi serta seakan-akan berbulu muncul di hadapan pintu bilik mereka.


Gambar Hiasan


"Selepas kejadian itu kami berlima tidur sebilik. Tetapi, ada satu malam kelibat itu muncul depan bilik dan seorang rakan menjerit ketakutan. Kami dalam keadaan kelam-kabut ambil barang peribadi dan buat keputusan untuk lari dari rumah itu. Dalam kekalutan itu, tuan rumah ada di hadapan pintu tetapi tidak berbuat apa-apa.


"Walaupun sudah sudah sebulan berlalu tetapi kami sudah pindah ke rumah lain. Ketika kami datang ambil barang-barang pun tuan rumah tiada di rumah. Saya masih tertanya-tanya identiti sebenar tuan rumah itu," katanya. - CARI




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2022 02:01 PM | Show all posts
bangang punye cite dgn sekali tuan rumah dgn penyewa hahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 05:26 PM | Show all posts
ermm ok sy terhibur la sikit pepetang before nak thumb print balik rumah
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 03:56 PM | Show all posts
wow satu penceritaan yg menarik utk di baca . Syabas, Tajuk- Misteri Seorang Tuan Rumah
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 01:23 PM | Show all posts
20 tahun dulu pn aku dah baca kisah mcm ni, tak silap kt shah alam,





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.086331 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list