View: 549|Reply: 1
|
Youtuber Beli SUV Harga RM66 Ribu Guna Duit Syiling, Jenuh Nak Kira! Ke Content Je?
[Copy link]
|
|
Seorang YouTuber menarik perhatian ramai apabila membeli sebuah kereta utiliti sukan (SUV), Mahindra Bolero dan membayarnya menggunakan duit syiling.
Kenderaan tersebut berharga kira-kira Rs 12 lakh (RM66,537)
Dalam video yang disiarkan di YouTube, YouTuber itu dan rakan-rakannya dilihat memasuki bilik pameran (showroom) dan bertanyakan tentang harga sebuah Bolero.
 Foto: India.com
Mereka juga membawa bersama beberapa guni duit syiling untuk membeli kenderaan tersebut.
Pekerja di bilik pameran itu dilihat mengira wang yang dibayar sebelum penyerahan kunci dilakukan selepas pengiraan selesai.
Sementara itu menjengah ke ruangan komen, warganet membuat spekulasi bahawa video itu adalah sebuah 'content' untuk menarik jumlah tontonan semata-mata. - CARI
Sumber: mStar Online/India.com |
|
|
|
|
|
|
|
konten je tu,nak view,
tapi murah keta tempatan diorg, |
|
|
|
|
|
|
| |
|